Thursday, July 2, 2015

Siakap 3 rasa

Menu siakap 3 rasa ni femes di kebanyakan restoran terutamanya restoran masakan thai....

Resepi yang saya intai dari Sajian dapur bonda jadi pilihan setelah blog walking ke beberapa daerah.

Siakap 3 rasa

Bahan-bahannya.
Untuk Ikan:

2 ekor ikan siakap
Tepung jagung untuk dilumur pada ikan
Garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng ikan

Untuk Kuah:

2 biji bawang besar - dipotong dadu
6 biji bawang putih - dititik
10 biji cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 biji tomato - dipotong dadu

1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
Kiub nanas 
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan

2 batang serai - dititik

Beberapa helai daun limau purut

Daun sup/daun bawang untuk hiasan

Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis



Cara membuatnya:
1.  Ikan dibersihkan dan ditoskan
2.  Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3.  Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4.  Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai,  dan bawang putih.
5.  Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
6.  Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
7.  Masukkan air sedikit. Tambahkan garam dan gula.
8.  Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang. 


Masakan ni kurang berkuah jadi saaya hidangkan dengan sup sayur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...