Friday, July 3, 2015

Ayam goreng bunga kantan

Resepi dari Kasihilmar.com jadi pilihan tengahari minggu nih. Bila siap digoreng bau bunga kantan menusuk ke hidung...sedapnya...anak2 dua tiga kali mengintai ke dapur. Tak sabar2 nak menjamah ayam goreng istimewa ni.


Resepi ni ringkas....goreng2...hiris2 jer...
Tapi pada saya sekeluarga cukup memikat selera. Saya olah sedikit resepi dan cara penyediaannya ikut citarasa. Saya tambahkan sedikit gula melaka....ermmmmm enaknya.

Ayam goreng bunga kantan

Bahan-bahan:

1) 1 ekor ayam kampung dipotong 10 ketul, buang kulit ayam dan gaul garam kunyit
2) 3 kuntum bunga kantan dihiris nipis
3) 3 batang serai dihiris nipis
4) 12 tangkai cili kering dihiris, biji dibuang
5) 5 ulas bawang putih diketuk
6) 1 1/2 sudu besar sos tiram

7)saya tambah 2 sb gula melaka

7) Minyak

Cara:

1) Panaskan minyak secukupnya
2) Masukkan semua ayam dan goreng sehingga hampir kekuningan. Angkat dan toskan.
3) Kurangkan sedikit minyak. Masukkan bunga kantan, serai, bawang putih dan cili kering dan goreng sehingga sedikit garing. Masukkan ayam dan gaul rata.
4) Akhir sekali masukkan sos tiram dan gula melaka. Kacau sehingga sebati hingga gula hancur.
5) Kemudian toskan semua bahan yang digoreng.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...