Sunday, July 5, 2015

Nasi biryani pakistan

Menu iftar hari ni nasi biryani pakistan. Bertahun tak buat. Byk sangat resepi untuk dicuba...jadi yg siaran ulangan ni panjang la Qnya...tambah pulak yg panjang berjela penyediaannya.

Untuk menu ni sekali lagi saya guna resepi dari Azie Kitchen.

Salad dan sos yogurt tu tak sempat nak buat sebab dah lewat sangat. Saya cuma buat sambal salsa dan fresh salad jer.

Nasi biryani pakistan

Bahan bahan:

5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap) - saya guna lamb rib
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus
½ cawan susu 

Daun pudina 

Daun ketumbar dihiris
Saffron & pewarna kuning - saffron saya tak guna sebab tak jumpa cari stok saffron tu. Jadi saya letak sedikit pewarna kuning jer.
 

Hiasan
 
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 
1 inci daun pudina
Badam & kismis, jika suka

Penyediaan Ayam:
 
Perap ayam/daging/kambing dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam. 

Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata.

Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 

Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.

Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.

Penyediaan Nasi:
 
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak - 3 sb, buah pelaga - 5 biji, cengkih - 5 kuntum, bay leave -3 helai dan sedikit garam -1 sk. Masak sehingga air mendidih.

Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.

Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

Penyediaan Beriani:
 
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.

Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus.

Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.

Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 

Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.

Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.

Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 

Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt.

Taburkan daun ketumbar.
 

Salad
 
Lettuce
Tomato
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar

Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.
 
Sos Yoghurt

Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam
Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...