Saturday, July 25, 2015

Selera Perak 2 - ikan masak taucu

Masakan ni dah kerap juga diulang tayangannya....maklum la feberet tuan punya badan dan anak2....hubby pun dah boleh terima. Ikut plan asal sebenarnya nak buat ikan masak kicap. Siap jer bahan2 tetiba tukar plan...terasa nak masak taucu. Jadi termasakla ikan taucu nih...

Sayurnya boleh dipelbagaikan ikut citarasa....timun, timun tua, labu air, tomato, kulit tembikai, terung....ikan pun janji yg sesuai digoreng kira boleh jer....

Resepi ikan tenggiri masak taucu

3 keping ikan tenggiri (gaul kunyit dan garam kemudian digoreng)
4 sb taucu
1 biji bawang besar potong bulat
3 ulas bawang merah hiris
4 ulas bawang putih hiris
1 inci halia hiris
cili padi belah dua secukupnya
cili hijau belah 2 secukupnya
2 keping asam gelugur
timun buang biji potong kecil
Tomato belah 4
Minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

tumis cili, bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan taucu. Tumiskan seketika. Masukkan air secukupnya dan asam gelugur. 

Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan sayuran kecuali tomato. Masak hingga sayur empuk. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan tomato dan biarkan seminit sebelum tutup api. Sedia dihidang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...