Thursday, July 2, 2015

RED PEARL COOKIES

Mood sudah mari....pantang nampak yg macam sedap tapi sempoi giler terus nak cuba. Bahan2 pulak sume ada....apa lagi, resepi yg saya jumpa kat Blog masam manis ni jadi pilihan seterusnya.... Untuk kukis ni saya gantikan choc chips dengan strawberry chips untuk mengosongkan balang...


RED PEARL COOKIES

150gm butter
150gm tepung gandum
75gm gula halus atau gula kastor
60gm cornflakes
50gm coklat cip
25gm almond nibs
1st esen vanila
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang


Mula-mula kita satukan butter dan gula.
Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.
Masukkan tepung dan gaul rata
Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudian gaul rata
Sudukan atas dulang pembakar
Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu. Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C
Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing
Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...