Tuesday, November 1, 2011

KEK LUMUT


Kek ni sedap.....wangi dan lemak, bawak pegi opis dan diorg kat opis suka sangat dan macam biasa minta resepi sebab nak cuba sendiri supaya boleh makan puas2.....resepinya saya kopi paste je dari blog abg mat gebu kita.....tq

KEK LUMUT

BAHAN-BAHANNYA

250 g mentega
3/4 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan nestum
1/2 cawan seri kaya
1 camca teh esen vanilla
Pewarna hijau secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan kukusan, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Satukan tepung, horlicks dan nestum, gaul rata. Ketepikan.
2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, kacau rata.
3. Masukkan seri kaya dan susu pekat manis, putar lagi hingga rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan campuran tepung, horlicks dan nestum tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan pewarna hijau, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi. Tutup dengan aluminium foil dan kukus 2 1/2 jam hingga 3 jam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...