Tuesday, November 1, 2011

KARI Tanpa Santan


Jom Masak Kari tanpa santan versi si isteri...
1 Kilo Ikan/Kepala Ikan
5 sb rempah Kari (Adabi yang saya guna)
2 tangkai daun kari
Air Asam Jawa
Rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
Garam secukup rasa
Tomato/bendi/terung
6 biji Bawang Merah
4 ulas Bawang putih
1 inci Halia
2 helai daun kari (kalau ada)
Minyak untuk menumis
_________________
Tumis bawang merah/putih/halia yang telah ditumbuk lumat hingga naik bau.
Masukkan daun kari.
Masukkan rempah tumis dan gorengkan seketika.
Masukkan serbuk rempah dan tumiskan hingga pecah minyak.
Masukkan air asam. Kacau seketika dan masukkan ikan.
Tambah air ikut la nak banyak mana kuahnya atau kepekatan kuahnya....selalunya saya bagi ikan tu tenggelam.
Letak garam.
Agak-agak ikan dah separa masak masukkan la bendi/terung.
Kalau guna tomatoh agak-agak dah nak angkat baru masukkan tomato.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...