Friday, February 10, 2017

Bubur jagung


Bubur peberet...all time peberet la kiranya. Tak pernah jemu lagi. Kat blog ni pun banyak kali juga siaran ulangannya. Anak2 pun suka juga. Tambah2 kalau sejuk kat peti air tu. Kalau rajin buat kuahnya banyak2, bungkus dalam plastik asikrim. Jadila aiskrim malaysia perisa jagung.



BUBUR JAGUNG

6 tongkol jagung
1/2 cawan biji sagu (kali ni tak letak sebab takde stok)
1 1/2 liter santan pekat
gula kabung/melaka, gula putih dan garam secukup rasa

-----
Hiris jagung nipis2.

Rebus jagung yang telah dihiris dengan air (agak2 tenggelam jagung tu) lebih kurang 15 minit.
Masukkan gula dan garam dan rebus lagi dalam 15 minit. Masukkan sagu.
Masukkan santan masak hingga sagu jernih
Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak...masak hingga mendidih.

Daging kambing masak hitam

Menu ni kegemaran anak2. Samada guna daging lembu atau kambing, diorang akan makan banyak. Saya masak menu ni isnin lepas. Pagi saya hidangkan dengan lempeng dan tengahari makan dengan nasi. Kalau cicah roti pun sedap juga. Kalau ada roti canai pun ngancam. Pendek kata sesuai dihidangkan dengan pelbagai pelengkap. masakan ni di perangatkan dua tiga hari pun sedap. Saya suka guna bahagian yang ada tulang dan lemak, bukan daging semata2.

Lepas makan jangan timbang berat badan....hahaha...takut terkejut pulak nanti melihat peningkatannya.....


Daging masak hitam ZLC

1 1/2 kg daging - hiris nipis (untuk hati kasih aka limpa rebus dulu hingga empuk dan hiris setebal satu inci)

4 biji bawang besar
1 labu bawang putih
3 inci halia

Hiris separuh dan kisar separuh

1/4 cawan cili kering kisar
100 gm rempah masak hitam (belah2 utara banyak jual)
10 sb kicap pekat manis
Garam secukup rasa
3 keping asam gelugur
4 tangkai daun kari
Air
1 cawan minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Tumis bahan hiris dan dsun kari hingga naik bau dan keperangan. Masukkan bawang kisar. Tumis hingga kering airnya dan sedikit keperangan. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan rempah masak hitam. Tumis hingga terbit bau dan pecah minyak. Masukkan daging. Masak hingga air daging keluar dan daging hampir empuk. Tambah air jika perlu. Masukkan kicap, garam dan asam keping. Masak hingga kuah pekat dan daging empuk. Sesuaikan rasa. Tutup api dan sedia dihidang dengan nasi minyak, nasi impit, nasi putih dll.


Kalau takde rempah masak hitam tu boleh la try buat sendiri guna resepi kat  bawah ni...

Resepi Rempah Hitam @ KKPBT

Bahan-bahan :
3 sudu besar biji lada hitam
2 sudu besar biji lada putih
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
3 biji bunga lawang
2 sudu besar  biji ketumbar
1 sudu besar  biji jintan manis
1 sudu besar  biji jintan putih
1/2 cawan lada kering

Cara2nya:
Semua bahan2 disangai dan dikisar halus

Rojak Passembur dan mee rojak


Menu cuti thaipusam semalam. Hubby pegi mancing, tinggal dengan anak2 jer. Anak2 ok kalau tengahari makan mee. Passembur mamak penang ni makanan yang saya mengidam masa ngandung anak ke 2 dan 3....tapi sampai ke sudah tak dapat. Masa tu memang teringin sangat makan tapi nak yang Penang mari....nak drive ke Penang masa tu pun tak larat, nak cuti pun susah. Nasib la anak tak ngences...

Entah kenapa masa tu juga tak terfikir nak google jer resepi dan buat sendiri. Rasa tak puas kot sebab nak makan air tangan mamak Penang jugak masa tu...hehehe. Buat passembur ni banyak juga kerjanya. Macam2 isinya. Tapi berbaloi buat. Puas makan, boleh bungkuskan untuk kakak bawak balik dan hidang ustaz yang datang ajar mengaji.

Pencen nanti nak niaga passembur la.....hahahahah



RESEPI KUAH PASSEMBUR:

1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus, lenyek. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi (kalau malas nak lenyek).

125gm udang kertas halus atau sotong kering, dikisar halus.

125gm kacang tanah. Kacang tanah digoreng dan  kisar.

10 – 15 biji cili kering. Goreng sehingga ranggup, kisar sekali dengan kacang tanah tadi.

3 ulas bawang putih. digoreng layu, dikisar bersama kacang tadi.

2-3 bawang besar @ 15-20 biji bawang merah. Goreng bawang hingga layu. Kisar bawang putih dan bawang bersama dengan kacang.

Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok.

Masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api.

2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak.

Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar. Tujuan kita masukakn gula untuk sebatikan struktur bahan-bahan tersebut. Kuah passembur memang manis sedikit  dari kuah yang lain.

Masukkan garam secukup rasa.


Katakanlah anda inginkan kuah yang lebih dan pekat likat, rendamkan 5-8 kping biskut merry, lenyekan dan masukkan dalam kuah yang reneh.

Caranya pekaktkan sama seperti “chicken krim sup” yang mana kita hanguskan tepung gandum dengan butter. Kuah cukup masak bila kacang anda rasa lembut. Biasanya kuah sedia dalam masa 35-45 minit.


Jangan lupa sentiasa kacau kuah supaya tak hangus dibawah. Ingat gula boleh terkumpul dibawah periok hanguskan masakan bila dipanaskan.

Akhir sekali, cucur dah ada, tauhu gorengkan dan di potong dadu, telur rebus yang digoreng, jangan lupa kentang rebus yang telah goreng disalut tepung beras, boleh taburkan serbuk kacang goreng di atas, taugeh rebusan, hirisan sengkuang, timun dan juga hirisan daun salad untuk hiasan.



RESEPI CUCUR KELAPA UNTUK PASSEMBUR ATAU ROJAK MAMAK:

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum (biasanya 1 cawan = 100gm).
1 cawan tepung beras.
3 sudu besar (tbsp) tepung jagung.
3 sudu besar (tbsp) kelapa parut/ gunakan yang kering. Tak perlu beli, goreng kering di atas kuali dengan api sederhana. kalau malas tak payah bubuh pun - saya bakar dalam oven
1 sudu kecil (tsp) Yis segera/ Mauripan 11gm setengah paket.
1/2 sudu kecil baking powder.
1 sudu kecil gula pasir dilarutkan dengan 2 cawan air suam (jangan panas!). Larutkan yis. Biarkan 10 minit sebelum dicurahkan kedalam tepung.
3/4 sudu kecil (tsp) garam.

CARA MEMBUATNYA:

1. Adunkan tepung beras, gandum, jagung, baking powder dab garam serata.  Masukkan larutan gula bersama yis dalam adunan tepung.  Bancuh tepung serata. Kalau nak  berbentuk bulat cucur, cairkan sedikit tapi kalau inginkan cucur berbentukk selinder (bulat memanjang) pekatkan sedikit ditambah tepung gandum. Jenis selinder ini kita perlu gunakan sudip untuk memindahkan kedalam kuali untuk gorengan.

2. Tutup bekas adunan. Biarkan (peraman) selama sekurang-kurangnya satu jam. Lama sangat pun tak boleh kerana tepung akan menjadi masam. Bagi mamak haji 1-2 jam sudah memadai.

3. Adunan biasa akan naik dua kali dari asal. Gaulkan kembali. Masukan kelapa parut. Gaulkan kembali adunan. Sambil itu boleh panaskan kuali dengan minyak masak.

4. Uji dan pastikan minyak betul-betul panas dengan masukan satu atau dua titik tepung adunan tadi kedalam minyak untuk menetukan kepanasan. Minyak kalau tak panas, minyak masak diserap ke dalam cucur anda. Ini akan jadikan bukannya cucur udang tapi cucur minyak. Terlalu panas akan menghanguskan cucur. pandai-pandai kawal suhu panas. kalau nak sejukan minyak panas masukan sedikit minyak baru ke dalam kuali.

5.Goreng cucur hingga keperangan. Cucur yang masak akan terapong dan bertukar menjadi warna kekuningan.

Nota: Kekerasan cucur udang ini terletak pada tepung beras. Kalau ia lembut dan kita nak keras, tambahkan tepung beras. Kekerasan juga kadang-kala terletak cara kita goreng atau kandungan air yang terdapat dalam gorengan itu. Ini termasukan kepekatan tepung gorengan.


Cucur Udang Mamak Penang:
BAHAN-BAHAN:
  • 1 Kg  tepung gandum ( 2 sudu besar tepung diasingkan)*
  • 250gm udang sederhana besar untuk diletak atas cucur udang. (saya masuk terus udang dalam adunan).
  • Segenggam daun kucai dipotong 1″.
  • 500gm taugeh dibasuh bersih.
  • 250gm Udang Kapas (udang kecil halus basah atau udang kering kepal/ geragau yang kering) direndam dan dibersihkan. kisar sehingga halus dengan sedikit air.
  • 1 biji bawang besar (sederhana besar) dihiris halus.
  • 1 paket Yis kering (*Mauripan 11 gm).
  • 1 sudu kecil garam atau ikut kemasinan yang diperlukan.
  • 1/2 sudu pewarna kuning  cair atau 1 sudu kecil serbuk kunyit.
  • 1 kg Minyak masak.
CARA PENYEDIAAN:
1.Masukkan tepung dalam sebuah bekas (perlu menampung tepung yang akan naik dua kali).
2.Masukan Yis kering ke dalam air dicampur 1 sudu kecil gula pasir dan membiarkan 10 minit. Kacau rata yis supaya ia larut. Masukan dalam tepung dan kacau rata.
3.Masukan garam,daun kucai,taugeh,perwarna kuning ke dalam tepung.
4.Masukan lima cawan air kedalam adunan tepung. Adunkan semua bahan sehingga sebati.Tentukan adunan tidak cair sangat atau pekat. Kelikatan sama seperti menyediakan cucur pisang. Sesuaikan kelikatan adunan tepung. Apabila Selesai tutup adunan tepung itu dan biarkan selama 1 jam untuk tepung itu bangkit. Selepas sejam adunkkan kembali tepung dan sedia untuk goreng.
5.Panaskan kuali.Tentukkan api dapur untuk mengoreng cucur tidak terlalu keras.  Api dapur yang memadai. Jangan pula terlalu kecilkan api.Ini akan menjadikan cucur anda akan meresapi terlalu banyak minyak. Hasil Gorengan pertama anda akan memberi keputusan yang anda perlu sesuaikan api dapur anda atau kelikatan tepung. Gorengan pertama mula dengan satu atau dua dulu.
6.Tepung yang diasingkan (2 sudu besar) masukan sedikit air supaya menjadi likat (buat gam). Masukkan udang besar yang telah dibersihkan supaya ia bersalut dengan tepung likat ini (sebagai gam). Ini menentukan udang yang goreng diatas cucur, tidak mudah bercerai semasa gorengan.
7.Cara goreng cucur mempunyai berbagai cara. Untuk gorengan cara mamak adalah cara yang mudah.Gunakan sudip  yang telah dipanaskan dalam minyak selama 5 minit, ambil sebahagian tepung dari bekas tepung dan letakan udang besar (dilumur tepung) diatas tepung yang perlu digoreng. Masukan kedalam kuali.
8.Walau pun masa gorengan tergantung pada size dan kawalan api dapur kebiasaannya sekiranya gorengan cucur sedia masak akan timbul ke atas permukaan minyak gelembong udara akan terhenti. Apabila gorengan bertukar warna kekuningan emas biasanya cucur telah sedia masak. Keluarkan dari kuali dan letakan di atas kertas tisu dapur untuk menyerap minyak yang berlebihan.

Thursday, February 9, 2017

Kek Pisang Marble Susu Airtangan Anakanda Bertiga


Alhamdulillah....inilah hasil airtangan 3 orang anak2 saya pagi tadi. Pisang lemak manis yang dah masak dari kebun tempoh hari anak2 guna untuk membuat kek ni.

Anak memang bersungguh nak memasak sendiri. Selain masak nasi, goreng telur dan membantu kerja2 dapur....anak2 selalu request nak baking kek dan biskut. Sesekali saya layankan juga....dan hari ni...inilah hasilnya.


Diorg minta saya buatkan blog khas untuk share hasil masakan mereka tapi saya buat tag khusus kat blog saya ni saja macam tag masakan hubby tu...

Resepi dari blog masam manis saya guna untuk kek pisang marbe susu ni. Sedap....dan masak dengan jayanya.


KEK PISANG MARBLE SUSU

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila - ita letak esen pisang
3 biji telur
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko

* Untuk pisang ita guna 5-6 biji pisang emas. Kalu guna pisang yg agak besar cukuplah 4 biji.

Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.

Selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan.

Kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.

Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati.

Selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila
Kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.

Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat 8 inci.

Loyang tu sapu mentega dulu dan alas dasar loyang dengan kertas baking.

Kalau nak tabur tepung pun boleh tapi hgn lupa ketuk2 loyang dan buang baki tepung tu.

Kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu. (Anak2 tuang selangseli....sesudu putih kemudian coklat secara bertindih2 hingga habis kemudian lorek)

Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit,

Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai.


Belangkas tumis berlada - Predator VS Abang Sado JJ

Bila predator kecundang di dalam kuali....hahahha....ini lah hasilnya...kat tv kemain ganaihnya korang yer....masuk jer dapur akak....kena kapak ngan hubby selamba jer....hahahahha....memang sado abg hubby ai....muah muah muah....lap u honeyyyy.


Anak2 punya la suka...terjerit2 tengok predator aka belangkas tu bergerak....bila direndam keluar darahnya yang berwarna biru...memang teruja diorg mengadap makhluk yang satu ni. Alahai....huntung ummi wehhhh.....abang sado terer bab2 bizarre food ni....kalau tidak tak rasa nikmat Allah dapat makan makanan2 nih....ikut ummi, tatut tita nak siang predator...

Dah siap di masak, punya la suka diorang makan....best sangat la katanya.


Belangkas tumis berlada

2 ekor belangkas dipotong dan bersihkan
5 biji bawang merah ditumbuk
5 ulas bawang putih ditumbuk
1 inci halia
2 batang serai diketuk
2 helai daun kunyit dicarik kecil
5 sb cili kisar (cili kering yg telah direbus dan dikisar halus)
3 sb air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis
---------

Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau dan masukkan cili. Tumis hingga terbit minyak.
Masukkan serai, air asam, garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga sebati.
Masukkan belangkas dan gaul rata. Masukkan sedikit air. Tumis hingga belangkas masak. Masukkan daun kunyit dan kacau sekejap sebelum tutup api.
Dah siap.....



Kerang Tumis Berlada


Ni masakan hubby akak. Sedap....anak2 pun uka sangat....maklumla dah lama juga tak makan lauk kerang. Kerang sekarang mahal sangat...kecik2 pulak tu. Balik kebun weekend lepas singgah jeti, ada pulak jual kerang rm6 skg. Dah lama sangat tak makan jadi beli la 2 kg...kecik2 jer......anak dara sunti lagi dah kena tangkap. Tapi anak2 suka makan yang kecik...kalau yang besar tu diorg geli pulak nanti.


Kerang tumis berlada

Sekilo kerang bersihkan
5 biji bawang merah kisar/tumbuk halus
5 ulas bawang putih kisar/tumbuk halus
1 inci halia kisar/tumbuk halus
2 batang serai diketuk
2 helai daun kunyit dicarik kecil (optional)
5 sb cili kisar (cili kering yg telah direbus dan dikisar halus)
3 sb air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis
---------

Tumis bawang merah, putih dan halia kisar hingga naik bau dan masukkan cili. Tumis hingga terbit minyak.
Masukkan serai, air asam, garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga sebati.
Masukkan kerang dan gaul rata. Masukkan sedikit air. Biarkan seketika. Masukkan daun kunyit dan kacau sekejap sebelum tutup api.
Dah siap.....


Pais Jagung

Selama hidup ni biasa dengar pais ikan jer. Rupanya ada pulak pais kuih. Kuihnya unik, manis2 buah. Menurut sumber, kuih traditional...belah2 sabah....indonesia.

Ada yg jagung ngan kelapa parut n gula garam semata....ada yg letak tepung gandum...ada yg letak tepung jagung juga... Bungkus dia pun sepatutnya tak payah lipat macam lepat...gulung dan semat dua2 ujung ngan lidi jer.


Suka saya dengan rasa kuih ni. Tak terlalu manis, dan lembut jer. Agaknya kalau guna tepung jagung lagi lembut dan sedap. Takpe...lain kali boleh cuba versi2 lain pulak.. Kali ni saya rujuk blog sis salami simon yang dok kat sabah nunnnn.


Pais Jagung

3 tongkol jagung - parut/sagat halus
2 sb gula (@ ikut citarasa)
Sedikit garam
1 cawan tepung gandum (boleh juga guna tepung jagung)
1/2 biji kelapa muda parut
Kulit jagung secukupnya

Satukan semua bahan kecuali kulit jagung.
Bungkus adunan menggunakan kulit jagung.
Susun dalam pengukus.
Kukus selama 20 minit. Sejukkan sebentar dan sedia dimakan. (saya tak sabar nak merasa kuih ni...masak jer saya terus makan 4 ketul....😍😄)

Kulit jagung tak cukup jadi saya gunakan daun pisang sebagai ganti...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...