ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Monday, October 24, 2016
Nasi goreng ikan masin
Menu simple jer malam ni. Nak mengurangkan stok nasi sejuk. Dua tiga hari ni penduduk rumah ni kurang makan nasi. Tu yg asyik terlebih jer. Jadi hubby suruh goreng ajer. Sayang.
Balik kerja singgah dulu cari sayur dan bahan2 utk sarapan esok. Sampai jer rumah, lepak sekejap. Lepas maghrib baru memasak. Hubby pun balik lambat. Jadi masak lewat sikit supaya takde la sejuk gedi nasi gorengnya.
Nasi goreng ikan masin sempoi
Semangkuk nasi
1 keping isi ikan masin - hiris kecil
1 biji bawang besar cincang
4 ulas bawang putih cincang
Sayuran pilihan
2 sb cili kering kisar
2 biji telur
2 sb kicap
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Panaskan minyak. Tumis bawang2 hingga naik bau. Masukkan ikan masin. Tumis hingga garing. Masukkan cili. Tumis lagi hingga pecah minyak. Pecahkan telur dan kacau hancur hingga masak. Masukkan nasi. Gaul rata. Masukkan kicap dan garam secukup rasa. Gaul sebati. Akhir sekali masukkan sayuran. Kacau seketika hingga sayur masak. Jangan terlalu lama nanti sayur berubah warna dan tak sedap.
Selepas itu tutup api dan pindahkan nasi ke mangkuk hidangan.
Ikan rebus/kukus air asam
Menu simple2 aje untuk weekend lepas. Lepas balik pasar terus masak sebab Sabtu tu ada bowling tournament lepas zohor anjuran surau.
Masakan ni mudah disediakan....sihat serta sedap pulak tu.
Ikan kukus/rebus air asam
Bahan2
Ikan kembung/pelaling
Asam jawa
Belacan
Bawang merah - hiris
Tomato - hiris
Limau kasturi - belah 2 (limau kasturi takde kali ni jadi ganti dengan limau nipis)
Cili Merah - hiris
Cili api - hiris
Garam
Gula
Cara2
Kukus/Rebus ikan sebentar...jangan lama sgt nnti keras. Dalam mangkuk lain asam jawa diramas dengan belacan n air...masukkan bahan2 lain yg telah dihiris. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Wednesday, October 19, 2016
Cucur jawa aka mexican hat aka penyaram
Kuih penyaram...cucur jawa....topi mexico, merujuk kepada kuih yang sama. Saya buat ni sebab anak2 minta...dah lama ummi tak buatkan. Aritu masa pegi sabah pun saya sempat menikmati kuih ni yang dibeli di pasar tani Kota Belud. Sedap...lembut sangat. Sejak tu saya tercari2 juga resepi yang boleh hasilkan kuih penyaram yang selembut itu.
Tapi tak jumpa. Jadi saya ambil keputusan guna resepi yang selalu saya gunakan tapi saya tambah jumlah airnya utk dapatkan adunan yang lebih cair. Satu lagi masa menggoreng tu jangan terlalu garing. Masak secukupnya terus angkat dan toskan. Alahamdulillah. Hasilnya menyamai kelembutan kuih cucur yang saya beli di Kota Belud. Hapi wooo....eksperimen menjadi.
Kuih Cucur jawa akak Penyaram Lembut aka Topi Mexico @ ZLC
Bahan2:
500g tepung gandum
100g tepung beras
650 ml air(200ml air pns+450ml air kosong) (saya tambah sedikit air anggaran 200 ml untul adunan yang lebih cair)
3/4 sudu teh garam
500g gula apong/gula melaka
Minyak masak secukupnya
Cara2:
Dalam bekas,satukan tepung gandum dan tepung beras. Dalam bekas lain, bancuh gula apong dengan 200ml air panas (boleh juga dimasak seketika untuk mencairkan gula terutamanya jika guna gula melaka). Apabila gula cair sepenuhnya boleh lah tambahkan baki air selebihnya.
Panaskan 2/3 cawan minyak masak (guna api perlahan), ambil satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah2 kuali. Biarkan sehingga ia masak dari tepi ke tengah dan tepinya kelihatan keperangan barulah diterbalikkan. Toskan minyak. Kuih ini memang digoreng satu persatu. Selamat mencuba!
Kuih Pukis
Resepi kue pukis ni dah lama saya simpan. Bila nak buat, baca resepi pastu tangguh buat sebab kena perap sejam untuk yis aktif. Selalunya nak buat pepagi buta sebelum pegi opis.
Kuih ni pernah jadi viral satu ketika dulu akibat perbuatan makhluk tidak bertanggungjawab yang telah mengedit gambar yang diambil di sebuah gerai menjual kuih ini. Ejaan pukis telah dipadam huruf S menyebabkan nama kuih iti menjadi perkataan kurang sopan.
Kuih no berasal dari negara jiran kalau tak salah saya. Sangat lembut seakan2 kaya ball. Rugi kalau tak cuba resepi ni. Anak2 dan jiran yang datang membantu membalut hamper untuk pertandingan bowling anjuran surau pun suka kuih nih. Jadi apa tunggu lagi...jom buat ikut resepi yang saya cnp dari aznie khasri nih.....
Kue Pukis
BAHAN IBU YIS..
1 s/t yis segera
1 s/b gula pasir
25g air suam kuku
-campurkan semua bahan diatas.. biarkan hingga ia berbuih lbh krg 10 minit...
BAHAN-BAHAN..
3biji telur (A)
130g gula pasir
250g tepung gandum
1 s/t ovelatte
200g susu cair (bole juga klu nk guna santan)
125g air suam
50g susu pekat manis
sedikit esen vanila
BAHAN SAMPINGAN..
coklat rice
color rice
buah cerry
parutan cheddar cheese
-yg ni ikut citarasa kita je....
Cara2 nya
Satukan susu pekat manis, susu cair dan juga air suam. Gaul hingga sebati. Ketepikan.
Dalam bekas lain, satukan telur, ovelatte, gula dan juga garam. Pukul hingga kembang dan putih. Masukkan pula adunan yis tadi. Pukul sebati.
Kemudian masukkan tepung dan juga campuran susu tadi secara berselang seli sambil pukul hingga sebati.
Kemudian perapkan dulu selama 1 jam.
Panaskan acuan kuih pukis atau boleh guna acuan dangai. Sapukan acuan ngan sedikit minyak...untuk memastikan kuih kita x melekat pula nanti...(pastikan api kecil ye jgn besar pl) - saya sapu masa mula2 panaskan saja. Lepas tu tak sapu dah untuk.dapatkan warna yang sekata.
Sudukan adunan ke dalam acuan, kemudian tutup. Apabila adunan hampir masak, taburkan ngan bahan tabur ikut citarasa. Kemudian tutup lagi. Tunggu hingga masak.. (jangan tabur masa kuih dah masak ye.. nanti x melekat plk).
Apabila dah masak.. bole la diangkat dan dihidangkan...sedap mkn waktu panas juga sejuk... ia xkn keras.. lembut je.. walu pn dh sejuk...
SELAMAT MENCUBA....

Tuesday, October 18, 2016
Kuih ketayap, kuih gulung diberi nama
Bekal anak sekolah petang. Buatkan kuih kegemaran dia. Tengah exam ni, nak pastikan perut cukup isi supaya boleh tumpu sepenuhnya masa menjawab. Anak2 exam ni ayah ummi pulak yang saspen. Moga dipermudahkan segala urusan anak2 syurga ummi dunia dan akhirat.
Kuih ketayap @ ZLC
Untuk kulit
3 cawan air pandan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Garam secukup rasa
kisar air dengan daun pandan dan tapis untuk mendapatkan warna dan haruman semulajadi.
Masukkan semua bahan dan kisar sebati hingga sebati.
Untuk inti
(biasanya saya buat banyak2 dan simpan dlm peti beku - inti ni boleh guna untuk buat koih koci, badak berendam, kuih bom, pulut inti, kuih ketayap dll)
1 biji kelapa parut
2 helai daun pandan simpul
1 cawan gula putih (manisnya ikut citarasa)
Secawan air
Sedikit garam
Cara-cara
Masukkan kelapa parut, air pandan, gula. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula dan airnya sedikit kering. Angkat.
Untuk menyediakan kuih ketayap
Panaskan pan dengan api sederhana, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi membulat (ini utk buat bentuk biasa).
Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Nampak tepi2nya dah kering tu maknanya dah masak la.
Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.....tapi untuk viewer sedia untuk ditatap jer ler yer...huhuhu.
Chilli tomato and prawn pasta
Pasta udang, sarapan pagi. Dah lama request baru ni buatkan. Daging takde stok, sebab tak ke pasar. Yang ada udang jer. Sambil prepare bahan sambil cari resepi yang sesuai. Jumpa resepi http://www.deliciousmagazine.co.uk. Nampak menarik. Asasnya saya ikut resepi ni dengan olahan ikut citarasa saya. Cara pun saya ikut cara sendiri jer.
Biasa hubby tak makan pasta tapi pagi ni nampak dia makan dan bertambah pulak...sampaikan anak dia tanya, "ayah lapar yer"....hihihi. ok la tu. Sedap kot. Anak2 memang suka...masing2 makan banyak. Alhamdulillah. Seronok masak kalau diorang suka.
Chilli tomato and prawn pasta
350g spaghetti
350gm spaghetti
7 large vine tomatoes, chopped
7 biji tomato besar - cincang
1 can tomato paste (I added)
1 tin pes tomato
2 tbsp olive oil
2 sb minyak zaiton
2 garlic cloves, finely sliced
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1 large red onion -.chopped ( I added)
1 biji bawang besar - cincang
1 tsp chilli paste
1 sk pes cili (saya guna cili kering kisar 5 sb - citarasa melayu)
1 tsp red wine vinegar (I omit - abaikan)
300g raw king prawns
300 gm udang besar
Half a small bunch of fresh parsley, chopped
Sedikit Parsley segar - cincang
Salt and sugar to taste
Garam dan gula secukup rasa
METHOD
Cook the pasta according to pack instructions. Drain, then return to the pan with a good splash of the cooking water.
Masak pasta mengikut arahan di pembalut. Toskan dan saya gaul dengan minyak zaiton.
Meanwhile, heat a dry pan over a high heat. Add the chopped tomatoes, then cover and cook for 10 minutes. Remove the pan lid and add the oil, garlic, chilli paste and vinegar. Season with salt, pepper and a pinch of sugar, then simmer for 5 minutes or until the sauce thickens.
Panaskan kuali/periuk. Cara saya : masukkan bawang putih. Tumis hingga naik bau. Masukkan cili. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan bawang besar dan tomato. Tumis hingga tomato hancur. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Remove the pan lid, then add the prawns to the tomato sauce and cook until they are just pink. Add the cooked pasta and chopped parsley to the pan and toss to combine, then serve.
Masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna dan melengkung. Kemudian masukkan parsley. Kacau seketika dan tutup api. Saya hidangkan berasingan sebab tak makan terus nanti kembang.

Monday, October 17, 2016
Pretzel salut coklat - doorgift comel untuk pelbagai majlis
Comel jer kan. Sesuai dijadikan doorgift utk pelbagai majlis. Utk letak dalam dulang hantaran pun ok. Harga berpatutan. Warna boleh ikut tema.
Suka tak...kalau suka????..😘😘😘😘.
Subscribe to:
Posts (Atom)