Thursday, May 31, 2018

Thai Chicken Manggo ( Ayam mangga ala Thai)


Thai Mango chicken aka ayam mangga ala thai untuk iftar hari ni.....lama dah nak buatnya....berapa kali beli.mangga...bila mangga ada ayam takde...beli pulak ayam mangganya pulak dah licin.....gitu ler asbab tergemdalanya menu ni sejak mula dia viral dulu. Ni pun mangganya dah agak masak. Takde mangga yang sedikit muda.

Resepi ni olahan dari resepi yang di cnp dapur kak yah.



CHICKEN MANGGO

2 keping isi dada ayam (saya guna bahagian paha ayam potong 2)
1 ulas bawang putih
Sedikit garam + gula
Lada sulah
serbuk paprika
Tepung jagung + tepung gandum

Isi dada ayam dipotong dua tiga kerat.
Tumbuk bawang putih dan lumurkan pada ayam tersebut dan masukkan juga sedikit garam dan lada sulah dan serbuk paprika.  Perap seketika.

Golek-golekkan ayam yang telah di perap, pada tepung jagung dan biar melekat pada isi ayam
Seterusnya ayam, digoreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan setelah masak. Ketepikan


Bahan Sos

2 sb sos Plum
1 sb sos cili
1 sb sos tomato
Cili padi merah dan cili besar ~ ikut sukalah nak berapa biji (kisar)
air secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
1 sb sos nampla
Parutan buah mangga muda
1 sb tepung jagung

Campurkan kesemuanya , masak hingga sedikit pekat pekat.

Hiasan

Parutan mangga
Parutan carrot
Untuk ditabur atas ayam manggo kita...
Saya tuangkan sos bila dah nak makan supaya ayam tak soggy


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...