Wednesday, September 12, 2018

Peach upside down cake


Kek peach terbalik salah satu kek yang dibuat untuk hidangan majlis tahlil malam selasa lepas. Stok peach lebihan fruit pastry cake masih banyak. Jadi keluarlah idea utk menjadikan sebiji kek yang enak ni. Saya gunakan resepi kek pineapple upside down.....selain peach boleh ganti dengan mangga dan buahan lain juga.

Kalau nak cuba kek pisang terbalik pulak boleh klik link yang ini yer.


Kek Peach Terbalik (Peach Up-Side Down Cake)

Lapisan Bawah

1/4 cawan mentega
1/2 cawan gula perang
Buah peach secukupnya  (dalam tin)

Lapisan atas

2 cwn tepung tepung gandum
2 sk serbuk penaik
1/2 cawan mentega tanpa garam
1 cawan gula halus (kalini saya kurangkan lagi gulanya kepada 3/4 cawan sahaja)
2 biji telur gred A
2 sk esen vanila
1/2 cawan jus peach (yang dalam tin tadi)
1/2 cawan susu segar
--------------------

Gris acuan kek bulat (81/2 inci) dengan 1/4 cwn mentega dan tabur gula perang di dasarnya.
Aturkan peach (saya hiris 2 kepingan peach tu) ikut kreativiti masing2. Ketepikan.

Ayak tepung, serbuk penaik dan garam.
Pukul mentega dan gula hingga gebu.
Masukkan bahan2 berayak, telur, esen dan jus nenas serta susu.
Pukul lagi hingga sebati dan tuang ke atas nenas tadi.
Bakar selama 45 minit pada suhu 175 c.
Sejukkan 10 minit di dalam loyang sebelum diterbalikkan di atas cake board.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...