Friday, September 21, 2018

Lempeng Kelapa dan Sambal Bilis Cili Padi


Menu perkelahan ahad lepas. Memang dah lama tak berpiknik....bila jiran jemiran mengajak mandi sungai di Kemensah, jenuh memikir menu yang sesuai. Jiran dah booking nasi lemak, saya pun alamak.... Nak masak apa yer....selain bawak pasta apa lagi nak dibawa.,,,,akhirnya saya pilih buat lempeng ni. Tapi silap la menu2 pilihan kali ni semua heavy2....patut saya buat sandwich dan kuih muih jer....sebab lepas berendam tak rasa lapar sangat pun untuk makan berulang2....

Anak2 pun tak merengek nak berlama2 di situ....selepas berendam 3 jam masing2 dah keletihan dan nak balik....tambahan pulak tempat tu takde kemudahan air bersih dan proper toilet.....tukar2 baju dalam chalet yang disewa dengan harga yang tidak begitu berpatutan....terus balik. Persekitarannya juga agak kotor dengan taik itik gembo2 merata2....huhuhu....tak jadi nak repeat ke situ....chalet lain mungkin tak sebegitu.....tapi bila dapat berita dari jiran sebelah yg kawan dia kena kencing tikus selepas mandi disitu hujung minggu sebelumnya terus seriau nak pegi lagi.


Sambal bilis cili padi

1 mangkuk ikan bilis - basuh dan toskan
2 biji bawang besar - hiris bulat
Garam dan gula secukup rasa
3 keping asam gelugur
1/2 cawan minyak
1 1/2 cawan air

Kisar

20 - 30 biji cili padi hijau ( ikut citarasa)
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
Air secukupnya

Goreng ikan bilis hingga separa garing. Masukkan bahan kisar.
Tumis hingga pecah minyak. Masukkan gula, asam keping dan 1 cawan air.
Biarkan merenih selama 10 minit. Masukkan bawang besar serta perisakan dengan garam secukup rasa. Tambah baki air jika perlu. Biarkan merenih seketika atau hingga bawang layu. Hidangkan bersama lempeng.

Lempeng Kelapa

Bahan2nya

3 cawan tepung
2 cawan - 2 1/4 cawan air
1 1/2 cawan kelapa parut muda
garam secukup rasa

Satukan semua bahan dan kacau rata. Panaskan pan/kuali, letak sedikit minyak.  Tuangkan sesenduk adunan dan ratakan. Biarkan garing sedikit dan terbalikkan. Dah masak angkat dan hidangkan bersama sambal bilis atau susu pekat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...