Thursday, May 31, 2018

Biskut arab (biskut suji)


Biskut raya ketiga saya selepas semperit dan lidah kucing....biskut suji kristal atau dikenali juga dengan nama biskut arab. Resepi chef asma jadi pilihan....resepi lama yang disiarkan dalam buku festive cookies tahun 2007 yang lalu.


BISKUT SUJI KRISTAL

Bahan-bahannya:-


Bahan A (diayak bersama)
250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda

Bahan B
125gm gula aising
1/8 sudu teh garam
100gm badam kisar (panggang terlebih dahulu)
1/2 sudu teh esen vanilla
200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan) (Nadz cuma guna 150gm dan tak cairkan pun minyak sapi ni)
Pewarna:
Pewarna pink, hijau dan kuning

Hiasan:
Gula kaster


Cara-caranya:-

1. Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna. Pukul perlahan sehingga menjadi doh

2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan tiga jenis pewarna secukupnya.

3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan.

4. Cubit sedikit setiap bahagian doh yang bewarna, satukan dan bulut-bulatkan.

    Buat hingga habis dan susun di dalam loyang pembakar.

5. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 160c selama 20-25 minit bergantung saiz biskut.

6. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kastor.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...