Tuesday, May 8, 2018

Lala dan Pepahat tumis berlada

Lunch......dah berapa minggu tak ke pasar....weekend pun kena kerja.....ada peluang cuti sebentar cari stok lauk pauk.
Kat pasar jalan paip tadi terserempak dengan lala dan pepahat....amik la serba sikit buat mengubat rindu dendam lama tak bersua muka.... Abang sado JJ kita masakkan tumis berlado ni jer sebelum.gi solat....
Pastu terserempak pulak dengan pucuk ranti (tu plan nak masak lemak nanti) dan pucuk paku (hebat orang malaysia....paku pun dia kunyah telan habis...ada bran mau lawan).....plan nak buat kerabu tapi takdan kita tumis velachan ajer lah.....
Rambang mata lama tak pegi pasar.....bertemu mata pulak dengan ikan tali pinggang....hubby kata sedapnya buat goreng....ok la bang amik jer la....nanti meleleh pulak air liur tu karang....


Kepah tumis berlada

2 kg kepah
*20 biji cili kering- rebus lembut
*1 biji bawang besar
* 6 ulas bawang putih
* 1 inci halia
Garam dan gula secukup rasa
2 batang serai -dititik/ketuk
2 keping asam gelugur/keping
Minyak untuk menumis
Sedikit santan (optional)

Kisar lumat *. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan serai. Tumis lagi seketika. Masukkan asam keping. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan seketika. Masukkan pepahat/lala/kerang dan gaul rata. Masukkan sedikit santan pekat. Masak hingga kulit lala/lerang/pepahat terbuka.


Ikan tali pinggang aka ikan timah digoreng berkunyit jer....sedap ya amat.


Anak2 punya kerja...lepas makan isinya...basuh kulitnya. Dah kering kita main lukis2 plak yer.....

Dulu2 ummi main lawan2 lagakan kulit lala....sapa yg tak pecah kira menang...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...