Tuesday, May 8, 2018

Kuih Kasturi aka kuih rengas


Kuih kasturi tapi takde sedikit pun bahan2 berkaitan limau kasturi dalam tu....jangan kata menipu pulak yer.....namanya jer gitu.... Ada nama lain....kuih rengas...

Saya buat frozen....lepas adun kacang tu saya bentukkan dan susun dalam bekas...lapiskan dengan plastik dan jarak2kan antara kuih. Saya haritu takdan nak salut tepung dan goreng sekejap sebelum frozenkan. Tapi buat camtu pun alhamdulillah...elok jer bila celup tepung dan goreng. lagi mudah...tak banyak kerja nak goreng dua tiga kali.


Kuih Kasturi aka kuih rengas

Bahan2nya

1 cawan kacang hijau rebus
1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan kelapa parut
1/4 cawan gula (atau ikut citarasa)
Secubit garam
*********

Kalau nak kuih yang lembut, jumlah tepung dalam adunan kena letak sikit jer...jadi bila merebus kacang pastikan jangan terlalu berair...tambah air skit2 masa merebus. Kacang tu pulak rendam 2 jam supaya cepat empuk. Air rendaman kena tukar sesekali supaya kacang tak.masam.

Dan bila dah empuk baru masukkan gula dan garam. Masakkan hingga gula hancur. Kemudian dah sejuk skit tambah tepung dan kelapa parut. Gaul sebati jadikan doh lembut. Bulatkan ikut saiz yg kita nak dan leperkan sikit.


Tepung salut

1 cawan tepung gandum
1 sb tepung jagung
1/2 sk serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1/2 - 3/4 cawan air


Satukan semua bahan. Gaul sebati. (Adunan tidak terlalu cair, macam tepung goreng pisang tu yer).
Celup kuih dalam tepung dan goreng hingga keperangan dengan api sederhana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...