Thursday, August 9, 2018

Sambal tumis sotong petai


Sotong lagi....dua citarasa berbeza untuk hidangan sotong tengahari ni.... lauk ummi sambal tumis sotong petai.....pulun petai sementara musim....harga runtuh....sedap ya amat.


Sotong besar ni beli 3 ekor dah penuh satu kuali....sedap...lembut jer isinya. Takdan simpan untuk dinner....habis anak2 mengulang dua tiga kali.


Sambal sotong petai

5 papan petai - ambil isinya
3 ekor sotong saiz besar (lebih kurang 1 kg) - potong ikut citarasa
2 sb cili kering kisar
2 sb air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Hiris
2 inci halia
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

Panaskan minyak. Tumis bahan hiris hingga naik bau. Masukkan cili, tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam dan perisakan dengan garam serta gula secukup rasa. Tumis hingga semua bahan mesra.

Masukkan petai. Biarkan seketika. Kacau sesekali. Agak2 2 hingga 3 minit masukkan sotong. Gaul rata. Tumiskan hingga sotong masak.

**** masak sotong dan udang jangan terlalu lama. Guna api yang kuat supaya proses memasak tu dapat dilakukan dalam tempoh singkat. Sotong dan udang kalau terlebih masak akan jadi keras dan kurang enak dimakan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...