Sunday, August 26, 2018

Pineapple upside down cake


Kek legend nenas terbalik @ pineapple upside down cake. Buat 2 adunan....habis petang semalam juga. Makan ramai2 memang asyik.

Kek ni sedap dan cantik....tak pernah jemu menikmatinya...


Kek Nenas Terbalik (Pineapple Up-Side Down Cake)

Lapisan Bawah

1/4 cawan mentega
1/2 cawan gula perang
8 Keping gegelang nenas (dalam tin)
6 biji ceri merah/hijau

Lapisan atas

2 cwn tepung tepung gandum
2 sk serbuk penaik
1/2 cawan mentega tanpa garam
1 cawan gula halus (kalini saya kurangkan lagi gulanya kepada 3/4 cawan sahaja)
2 biji telur gred A
2 sk esen vanila
1/2 cawan jus nenas (yang dalam tin tadi)
1/2 cawan susu segar
--------------------

Gris acuan kek bulat (81/2 inci) dengan 1/4 cwn mentega dan tabur gula perang di dasarnya.
Aturkan nenas dan letak ceri di bulatan nenas tersebut.
Ayak tepung, serbuk penaik dan garam.
Pukul mentega dan gula hingga gebu.
Masukkan bahan2 berayak, telur, esen dan jus nenas serta susu.
Pukul lagi hingga sebati dan tuang ke atas nenas tadi.
Bakar selama 45 minit pada suhu 175 c.
Sejukkan 10 minit di dalam loyang sebelum diterbalikkan di atas cake board.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...