Friday, August 10, 2018

Muffin Durian


Durian muffins  in the house.......antara rajin ngan malas berkira2 nak.buat walau pun isi durian dah dikeluarkandan ditimbang usai sampai dari office....bertangguh2 nak mengadun.....dah dekat jam 8 baru la paksa diri sebab isi durian dah di defrost....buat 2 adunan...nak buat bekal sikit balik kampung.
Semerbak bau durian masa tengah bakar.....harummmmm.....kuar oven jer terus makan 4 ketul....Alhamdulillah.


Sumber resepi ni dari FB sis Lina Thomas yang dok kat amerika tu.....rajin dia masak masakan melayu kat sana....

Moist Durian Muffins

Ingredients:

A)
180g Isi Durian
1 tsp Lemon juice 
50ml Susu segar

😎
2 biji Telur grade A  (saya takde gred A jadi saya guna 3 gred C)
150g Gula (saya kurangkan 120 gm)

C)
180g Tepung naik sendiri
1/2 tsp Baking powder
(Ayak semua bersama)

D)
50ml salted butter, cairkan (saya malas nak cairkan mentega jadi saya ganti dengan minyak + sedikit garam)

E)
Almond slice untuk hiasan


Caranya:

Panaskan terlebih dahulu ketuhar 5-10 minit 180C (350F)

1. Lenyekkan bahan A sebati, ketepikan.
2. Pukul bahan B sehingga kembang.
3. Masukkan bahan A putar sebati.
4. Masukkan bahan C sikit sikit bersama bahan D putar sebati.
5. Isi kan adunan kedalam acuan kertas muffins di dalam loyang dan tabur bahan E.

Bakar selama 8 minit pada suhu 180C (350F). Kemudian turun kan suhu kepada 160C (320F) Bakar lagi selama 20 minit atau sehingga masak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...