Thursday, August 23, 2018

Fruit Pastry Cake


Semalam NorHanita Mohd Shariff post resepi dan gambar kek ni kat wall dia......suka tengok keknya....jelita. Pagi tadi lepas temankan hubby sembelih lembu dan kambing korban suh dia singgah Dr Fruit beli fruit utk wat fruit pastry cake ni....maka malam ni terjadilah sebijik kek untuk supper.....


Resepi ni ramai yang guna.....tak pasti pemilik asalnya....sebab masa google tu rata2 pakai resepi yang sama. Apa pun terima kasih yang sudi kongsi. Saya dah terjemah resepi ni ke bahasa malaysia.


Fruit Pastry Cake

100 gm mentega
180 gm gula castor (ada yg guna 200gm)
50 gm yogurt
3 biji telur gred A (pukul sedikit)
1 sk esen vanila
1 sk parutan kulit lemon atau oren
210 gm tepung gandum
1 sk baking powder
500 gm buah2an - strawberry, peach, plum, mangga, apple, bluberries dan lain2 buahan pilihan samada buah segar atau dalam tin (digaul dengan 2 sb gula jika suka)
*kalau guna buah dalam tin, basuh dan tos kering, abaikan gaul dengan gula.

Basuh buah2an, hiris atau potong ikut citarasa. Gaulkan dengan gula jika suka. Ketepikan.


-.alas loyang 9" inci bulat atau 8" empat segi dengan baking paper.
- Pukul hingga gebu gula, mentega dan yogurt (boleh ganti sour cream).
- Tuang telur sedikit2 dan pukul sebati.
- Masukkan esen dan parutan kulit oren/lemon.
- Masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder dan gaul hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan dengan spatula. Aturkan buah2an ikut kreativiti. Jangan tekan buah2an.


- Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 60 - 70 minit atau hingga masak. Tutup permukaan kek dengan foil 15 minit terkhir supaya permukaan tidak hangus.
- Biarkan kek sejuk di dalam loyang 5 - 10 minit sebelum dikeluarkan dan disejukkan sepenuhnya di atas rak.


- Hias kek dengan snow/donut dusting powder atau gula ising jika suka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...