Wednesday, October 25, 2017

Sambal Terung Pipit


Terung pipit atau nama lainnya terung rembang......masa kat kampung dulu tak payah beli. Kutip je tepi2 jalan atau kat semak2....banyak terbiar. Tak payah keluar duit nak makan sayur. Kalau hidupnya di laman jiran, laung jer nama jiran tu dan bagi tau nak minta skit.....pasti tak mengecewakan.

Selain dibuat sambal, dimasak tempoyak dengan pucuk ubi tumbuk dan pucuk kayu lain pun sedap juga.


Sambal tumis bilis terung pipit

2 cawan ikan bilis (goreng sekejap - tak perlu garing)
1 1/2 cawan terung pipit (goreng jap sekali dengan bilis)
*30 biji cili kering direbus
*3 biji bawang besar
*7 ulas bawang putih
3 batang serai diketuk
Garam dan gula
3 sb air asam jawa
1/2 cawan air
minyak untuk menumis

Kisar halus *. Tumis * hingga pecah minyak. Masukkan serai, air asam, garam dan gula. Kacau sebati. Masukkan terung dan bilis. Tambahkkan 1/2  air. Masak hingga sebati dan terung empuk.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...