Friday, October 6, 2017

Kuay tiaw sup daging


Menu makan malam awal minggu ni. Tak masak nasi sebab hubby outstation.....anak2 suka jer makan mee dan pasta ni. Kalau hubby lebih prefer makan nasi. Bila hubby takde saya suka pilih menu bukan nasi....senang skit rasanya nak sediakan....


Kuay Tiaw Sup Sempoi
Untuk sup

1/2 kg daging - rebus hingga empuk dan hiris nipis

Bahan tumis

1 biji bawang besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1 batang kulit kayu mania
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
(**rempah tumis 4 sekawan boleh ganti dengan sup bunjut)

Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 ketul kecil gula batu
Air secukupnya


Tumis bahan bawang2 dan halia hingga keperangan. Masukkan rempah tumis dan tumis aeketika. Tuangkan ke dalam periuk rebusan daging.

Perisakan dengan garam dan gula batu. Masak hingga mendidih. Sedia dihidangkan.

Sambal kicap

Cili padi
Bawang putih
Kicap masin

Goreng cili padi dan bawang putih hingga layu. Kisar dengan kicap.

Pelengkap hidangan ikut citarassa

Kuay tiaw
Sawi - celur
Tauge - celur
Hirisan daun sup dan daun bawang
Fish cake dan fish ball

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...