Friday, October 6, 2017

Lamb Chop


Lunch Weekend aritu....sebelum hubby gi outstation. Malas nak masak nasi jadi sediakan jer lunch sempoi2 ni. tapi cukup la ada protien, karbo, serat....boleh la....

Kambing tu saya gunakan sos perap bbq ZLC special jer...senang...family pun suka. Cuma kentang wedges tu saya buat sendiri....mula2 tu ingat nak beli yang frozen jer tapi tengok kat supermarket ada jual US potato/kentang russet yang macam cantik jer rupa parasnya dan harga ada potong. Tak jadi beli frozen yang tak berapa nak menyihatkan tu...hehhehe.



Resepi kentang wedges
Oleh : zulfaza love cooking

Minyak masak untuk menggoreng 
5 biji kentang direbus empuk dan dipotong wedges
1 sk garam
Sedikit serbuk bawang putih

Panaskan minyak
Gaul kentang dengan garam dan serbuk bawang putih.
Goreng hingga garing.

atau boleh cuba resepi kentang wedges ala kfc di link ini



Lamb chop ni saya hidangkan bersama sayuran segar, buncis dan asparagus celur. Pastu letak la mayo dengan sos cili skit. Hidangan sampingan saya buat sup mushroom yang ditutup dengan pastry. Pastu desert buat puding trifle....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...