Wednesday, February 12, 2014

Pes cili dan pes bawang

Malam ni saya nak share resepi utk ibu2 yg sibuk tetapi masih ingin menyediakan homemade food untuk keluarga.
Selalunya dlm penyediaan sesuatu menu yang menggunakan cili, proses menumis mengambil masa yang agak lama dan melecehkan... apa kata kita cuba resepi2 di bawah yang pastinya membantu memendekkan proses penyediaan masakan kita....
Jom kita buat pes cili dan pes bawang...
Inilah rupanya bila dah siap. Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan lama. Bila nak guna masukkan ajer pes ni dengan bahan2 lain. Betul2 jimatkan masa dan rasanya pun sedap...

Cara saya....
100 gm cili kering - rebus hingga lembut.
1 kg bawang besar - hiris
300 gm bawang putih - belah dua
1/2 cawan minyak
Sedikit garam dan gula.
Kisar semua bahan di atas hingga lumat. Kemudian goreng bahan yg telah dikisar dgn menggunakan api perlahan sehingga terbit minyak. Tambah garam dan gula.
---------------
Resepiraidah.blogspot
Pes cili
Bahan-bahan:
100 gm cili kering (bergantung kpd kepedasan cili yg diperlukan) ~ potong kecil dan direbus, basuh dan toskan
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan dihiris
300 bawang putih ~ belah 2
Sedikit garam dan gula
1/2 liter atau secukupnya minyak.
Cara saya menyediakan:
1. Panaskan minyak, goreng bawnag putih sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bawang merah dan goreng sehingga bawang agak layu.
3. Masukkan pula cili yang telah direbus tadi dan goreng sehingga cili tersebut masak dan airnya kering. Angkat dan biarkan sejuk seketika.
4. Kemudian kisar semua bahan yg telah digoreng tadi bersama minyak gorengan.
5. Kemudian goreng semula bahan yg telah dikisar dgn menggunakan api perlahan sehingga terbit minyak. Tambahkan sedikit garam dan juga gula. Sedia untuk digunakan.
Bawang putih, bawang merah dan cili yg dipotong sedang digoreng..
Bahan yang telah dikisar dan digoreng semula..
Pes cili yg sedia untuk digunakan..
Versi cili merah tanpa bawang merah dan bawang putih
By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
 - blend
1 bowl of Oil
1 tbsp Salt
1 tbsp Sugar
METHOD:
1. Heat up oil in a pot (preferably non-stick pot).
Fry blended chilli, add salt & sugar and continuously stirring until it dries and crispy.
(I made it a bit wet this time).
Tip: The heat from oil will continuously cook the chilli after fire is off, so make sure you stop the cooking process earlier.
Cool and drain out excess oil. Some people like to store it together with the oil which helps to prolong the life of the chilli oil.
2. Sterile a jar with boiling water & cool it until dry.
Keep cool chilli oil in the jar and screw lid tightly.
Pes bawang
Bahan-bahan:
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara saya menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...