Tuesday, February 25, 2014

Apam polkadot versi saya

Adaptasi resepi apam ayu....kejadiaannya pada saya lebih gebu. Siap kukus terus anak2 berebut2 makan....round ke 3 baru slow sikit diorg mkn...dah kenyang....hehehe.... Dah lama sungguh tak buat....mana tak rindu diorg kat apam nih.....


Saya guna sedikit jer pewarna....jadi takde la warnanya terik sgt....

Ni jer yang tinggal....

resepi saya

200 gm tepung gandum
3 biji telur
150 gm gula
1 sk baking powder
1 sk ovellete
150 ml susu/santan
pewarna pilihan

Filling

Blueberry, strawberry atau sebarang filling pilihan. Masukkan dalam piping bag.

Cara membuat dan mengukus kuih

Panaskan kukusan.
Satukan semua bahan kecuali pewarna di dalam mangkuk adunan. Pukul hingga kembang dan gebu.
Bahagikan adunan di dalam mangkuk dan titiskan pewarna. Kacau sebati. Masukkan ke dalam piping bag untuk memudahkan kerja menuang.
Letakkan papercup di dalam acuan.


Masukkan adunan separuh penuh

dan masukkan filling.

Masukkan adunan lagi hingga hampir penuh

dan corakkan ikut kreativiti atau polkadot

dan kukus selama lebih kurang 5 minit - 10 minit atau sehingga masak
Setelah dikeluarkan dari kukusan,  keluarkan dari acuan.


Apam polkadot versi yg selalu digunakan. Guna banyak baking powder, gula dan tepung. Telur kena simpan peti ais dulu....

Apam polkadot versi ZLC

Bahan-bahan
3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette/susu pekat manis
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna
Cara-cara
1. masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk dan pukul
dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,
kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam
plastik kemudian picitkan
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali corakkan dengan warna pilihan,
kemudian kukus selama 10-15minit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...