Sunday, February 9, 2014

Kek lemon

Hari ni janji ngan anak2 untuk bg diorang peluang hias cupcake sendiri....seronok bukan main diorg dapat peluang ni...
Saya guna resepi kek lemon untuk cupcake tu dan untup ising nya saya pukul 250 shortening/krimwell + 125 gm gula ising + 1 sb vanilla estrak + pewarna sampai gebu.
Ini la aktivitinya....

Resepi Lemon Cakes
Sumber : Azie Kitchen
Bahan bahan:
110 gram/1/2 cawan butter
110 gram/1/2 cawan gula kaster
2 biji telur - pukul
110 gram/1 cawan self raising flour
Secubit garam
1 biji lemon - parut halus (saya tambah perahan jusnya)
Cara cara:
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Letakkan 13 cawan kertas dalam bekas muffin.
2. Putar butter dan gula sehingga putih dan ringan.
3. Masukkan telur dan putar sehingga sebati.
4. Masukkan tepung, garam dan parutan lemon + jus lemon dan kacau sebati.
5. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga keperangan atau permukaannya springy bila disentuh. (Saya buat cupcake)
6. Biarkan atas redai sehingga sejuk sepenuhnya.
Yang ini ummi yg deko
...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...