Saturday, February 15, 2014

Homemade chocolate

Lama dah tak buat homemade chocolate ni..... kali ni buat untuk hantaran perkahwinan anak saudara. Coklat ni nak buatnya senang sangat. Cuma kena kreatif untuk membentuk dan mempelbagaikan gaya dan perisa....

Bahan asasnya cuma cooking chocolate atau pun coklat compound - saya guna white chocolate dan dark chocolate. Cairkan guna kaedah double boiler....pastikan periuk kering sbb kalau basah coklat akan berketul. Coklat compound lebih sedap berbanding coklat masakan tapi kosnya lebih sikit.

Untuk coklat putih tu boleh tambah pewarna berasaskan minyak ikut pilihan masing2.

Tuang dalam acuan pilihan dan masukkan dlm freezer selama 5 minit.  Dah beku boleh keluarkan dari acuan.


Ni la coklat yg selalu saya guna untuk buat homemade chocolate.....satu lagi yg saya suka jenama selbourne.

Ni pulak sebahagian koleksi acuan yg saya ada......

salah satu jenama pewarna oil base yg sesuai untuk buat coklat ni....tapi untuk royal ising elok guna waterbase food coloring....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...