Wednesday, February 26, 2014

Donut gebu

Lama dah tak mendonut....mood malas menebal. Dah brapa lama anak2 minta buatkan apam polkadot tapi tak terbuat2....Tapi hari ni semangat ada sikit lebih....jadi buat la donut ni untuk minum petang...saya tambah pewarna coco pandan....(semenjak dua menjak ni kuih muih tema pink)

Cnp dari: http://mas-dapurmas.blogspot.com/2014/01/donut-kentang-gebu.html?m=1
Sumber asal :Tahrunnisah FB

Resepi :

250 gram tepung gandum

sebiji kentang yang telah direbus dan dilenyek

1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)

2 sudu besar susu tepung apa2 jenama 

50-100 ml air ais/guna air suam

1 1/2 sudu besar shortening/marjerin

2 sudu besar gula

1 sudu kecil baking powder

1 3/4 sudu kecil yis mauripan

*doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...

Caranya : saya guna mixer

1. Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunan

kemudian masukkan telor yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) serta last skali shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik ye, Uli selama 20 minit

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. saya letak dlm oven 25 minit ( suhu 30 C) jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam atau nak letak kat tmpt panas pun boleh..

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum... dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan hias dengan gula atau coklat....

selamat mencuba..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...