Sunday, February 23, 2014

Mee wantan sup ekor ala tomyam


Pukul 4 pagi en hubby yg demam minta masakkan mee wantan sup. Macam2 selera orang demam nih..... so teringat sup kambing aka tomyam yg dimakan kat restoran de palma kat SACC. Hubby suka sgt.....masa kuar dari restoran tu, ambil la kesempatan minta resepi dengan chef yg masak menu tu....bertuah betul bila chef tu bg tau bahan2 asas sup special ciptaan chef...tq chef de palma.

So saya pun pagi2 buta dah renih tulang....pg tesco untuk beli bahan2 yg takde...masa tercipta la resepi ni....sedap lagi berkhasiat....hehehe

Bahan2nya

1kg tulang direneh hingga empuk
2 biji bawang besar - hiris
2 inci halia - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3 inci lengkuas - hiris
2 sb rempah sup (kalau nak pekat dan lebih rasa berempah tambah)
5 helai daun limau purut (hiris)
Garam dan sedikit gula
1 ketul kecil gula batu (sebesar dua ruas jari kelinking)
Jus dari 3 biji limau kasturi (nak lebihkan pun ok)
10 biji cili padi (nak lebih pun boleh)
3 biji tomato belah 4
Karot (jika suka)
250 gm cedawan tiram
5 batang serai dititik
Minyak untuk menumis
Hiasan
3 pokok daun ketumbar - hiris
Bawang goreng
Tumis bahan hiris kecuali lengkuas hingga naik bau. Masukkan rempah sup dan tumis hingga garing (bukan hangit yer...) Masukkan lengkuas dan serai. Kacau seketika. Masukkan tulang dan air rebusan. Biarkan mendidih. Masukkan bahan2 lain kecuali tomato. Perisakan dengan garam dan gula pasir serta gula batu. Akhir sekali masukkan tomato. Kacau seketikan dan tutup api.
Hidangkan bersama mee wantan dan tabur dengan bawang goreng dan daun ketumbar
Sup ni sesuai juga kalau nak makan dengan nasi putih atau cicah roti.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...