Monday, September 9, 2013

Lasagna dan makaroni bakar

Weekend aritu adala orang menempah makaroni bakar dan seafood lasaqna. Badan rasa tak larat sangat sebab demam tapi tak sampai hati nak cancel last minute.

200 g macaroni - rebus sampai lembut (letak sedikit garam di dalam air rebusan)
500 g daging kisar
4 biji bawang besar
4 biji cili hijau
4 biji buah tomato
1 inci halia
----
dihiris/potong kecil

2 sb minyak sapi (untuk menumis)
2 sb rempah kari
2 tangkai daun ketumbar dihiris
200 gm mix vage
Garam dan gula secukup rasa
3 biji telur + 2 biji telur (dipukul)
2 sb besar sos tomato + 2 sb sos tomato
-------------------
Panaskan minyak sapi.
Tumis bawang, cili, buah tomato dan halia.
Masukkan daging, rempah dan daun ketumbar.
Masukkan mix vage.
 Kacau hingga masak.

Gaulkan bahan2 yang dimasak tadi dengan macaroni.
Masukkan 3 biji telur dan 2 sb sos. dan gaul rata.

Masukkan bancuhan ke dalam bekas caserol dan ratakan.
Tuang 2 biji telur di atasnya dan taburkan 2 sb sos.
Bakar hingga masak dengan suhu 180 celcius (lebih kurang 1/2 jam)


Resepi lasagna

Ada satu lagi resepi yang saya guna di sini untuk lasagna. Tapi kali ni saya adjust resepi di bawah yang sumbernya dari sini.

Bahan-bahan sos merah

500 g isi udang dan crab meat (boleh dipelbagaikan dengan seafood lain)
1 kotak kepingan lasagna
250 g tomato puri (saya tukar dengan 10 biji fresh tomato- dicincang)
250 g sos tomato
Mozzarella cheese (anggaran 250g)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 biji lobak merah
1/2 biji capsicum
2 biji tomato
3-4 biji cendawan butang (saya guna fresh shitake mushroom)
Garam dan gula secukup rasa
1 sk serbuk lada hitam
1 sk oregano
 Mentega
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara
  1. Bawang besar dan bawang putih dicincang halus. Lobak merah, capsicum dan cendawan butang dihiris halus. Tomato dipotong nipis atau dipotong dadu.
  2. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging cincang dan kacau rata sehingga masak.
  4. Masukkan tomato cincang dan sos tomato. Kacau rata.
  5. Masukkan lobak merah, capsicum, cendawan, lada hitan, oregano dan tomato. Jika perlu, masukkan garam dan gula secukup rasa.

Bahan-bahan Sos putih

2 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar dalam kotak  (@ susu cair yg telah dicampur sedikit air pun boleh jugakk)
sedikit serbuk lada sulah
2 keping keju chedar
*** saya tambah 2 sb parmesan cheese dan 1 sb pasley flake

air utk adjust kepekatan sos – kalau sos pekat sangat boleh tambah air

Untuk sos putih pula…

Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
Kemudian masukkan cheese, dan pasley, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Bila dah pekat sikit bolehlah  padamkan api.

 * Kalau tak nak guna sos putih boleh juga guna keju ricotta yg dicampur dgn italian herb dan 1 biji telur yang boleh diambil resepinya di sini atau boleh ganti dgn sos cendawan berkrim.

resepi asal sos putih ni saya cilok di potretkasih.com.

Cara penyediaan lasagna
  1. Tunggu sehingga mendidih kemudian padamkan api.
  2. Rendam kepingan lasagna dalam air panas.
  3. Sediakan dulang casserole dan sapu mentega pada permukaan dulang.
  4. Letakkan sedikit sos merah
  5. Susun kepingan lasagna sehingga menutupi permukaan dulang.
  6. Letak 1 lapisan sos merah di atas kepingan lasagna dan tutup seluruh permukaan.
  7. Kemudian, letak sedikit sos putih.
  8. Letak kepingan lasagna yang lain. letak sos putih dan taburkan mozarella cheese.
  9. Ulang langkah 5 dan 6 sehingga membentuk beberapa lapisan.
  10. Pastikan lapisan paling atas ialah sos merah atau putih atau kombinasi kedua2nya. Kemudian letak satu lapisan mozzarella cheese.
  11. Akhir sekali, bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celsius selama 30-40 minit.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...