Wednesday, September 11, 2013

Cinnamon Sugar Pull Apart Bread

Resepi kali ni hasil perkongsian kak nor secubit garam. Resepi asal dan cara2nya rujuk kat joythebaker. Harum roti ni. Memang kegemaran saya cinnamon roll atau apple pie atau kek2 yang ada rasa cinnamon atau kulit kayi manis ni...

Namanya membelit lidah nak menyebutnya tapi rasanya ummmmm....yummyyyy.

CINNAMON SUGAR PULL APART BREAD
Recipe: Joy the Baker
source : Shidah & K.Nor


For the Dough (in BM)

2 3/4 cups plus 2 tbs tepung
1/4 cup gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs butter
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cup air
2 biji telur (size A)
1 sudu kecil Vanilla extract
Saya tambah kismis

For the Filling
1 cup gula kasar 
~
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) 

1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg)

4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi perang

Cara:

Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cawan tepung, sugar, yis dan garam. Ketepikan

Pukul telur, ketepikan

Dalam saucepan kecil, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga adunan menjadi suam2 kuku.

Tuangkan adunan susu dan mentega tadi ke dalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Tambah 3/4 cawan tepung, dan uli sehingga sebati. Adunannya agak melekat2 (sticky). Masukkan dough ke dalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.

note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (I skipped this)

Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk. 


Canai doh. Sapukan mentega cair. Taburkan cinnamon sugar dan kismis secukupnya. Potong 4 segi dan susun berlapis2. Masukkan ke dalam loyang dalam keadaan menegak. Macam roti pound yang dibaringkan tuh.
Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan.


Petikan dari joy the baker...

"Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F. Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown. The top may be lightly browned, but the center may still be raw. A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.

Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board. Place a cake stand or cake plate on top of the upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up. Serve warm with coffee or tea."
Bila dah naik seganda macam nih dah boleh masuk dalam oven. Tapi saya tersilap guna loaf pan. Saiznya agak kecil sehinggakan rotinya melimpah ruah terkena siling oven comel saya. Sebenarnya malas nak guna saiz besar sebab malas nak bakar dalam oven besar. Sudahnya padan ler dengan muka mokcik...doa panjang2 agar elok aje kejadiaannya nanti....
 
Nasib baik la elok jadinya walaupun melimpah ruah dari loyang comel tu....dan yang bestnya, anak2 suka pula walau pun ada rasa kulit kayu manis tu....tak sempat tunggu sejuk dah tinggal separuh jer...alhamdulillah..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...