Monday, September 9, 2013

Sup dalam roti

Anak2 sekelian. Ini adalah tea cum dinner kita. Ummi dah penat nak masak mcm2 sbb.dua tiga hari ni banyak sungguh memasak dlm kuantiti yg beso...resepi ni saya dapat dari facebook buku resepi. Tq yer...sedap.

Bahan-bahan ( 2 biji roti )
Untuk roti.
170ml air suam
250 gm tepung high protein (2 cawan)
65 gm tepung gandum (1/2 cawan)
2 sudu besar lemak sayur
3 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung
1 1/2 sudu teh yis segera*semua sukatan di paras
Untuk sup krim ayam.
1 biji bawang besar di mayang
3 ulas bawang putih di ketuk
100 gm ayam dicincang
250 ml susu full cream
2 sudu besar tepung jagung + 1 cawan air
Sedikit Italian herbs,lada sulah dan garam secukup rasa.
Cara-cara
Cara buat roti. Masukkan semua bahan dalam bread maker,pilih option doh.Boleh juga diuli dengan tangan Keluarkan doh dari bread maker, bahagi kepada 2. 

Setiap bahagian lebih kurang 200 gm.Bentukkan bulat dan letak dalam dulang pembakar yang disapu marjerin.Biar doh naik selama 40 minit.Doh yang naik menyebabkan bentuk bulat jadi leper.

Bentukkan jadi bulat semula,bakar dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 160 celcius selama 30 minit atau hingga luar kulit roti jadi coklat. Potong bahagian atas roti dengan pisau. Korek bahagian dalam roti.

Jangan sampai tembus ke bawah. Isi roti ni boleh guna untuk cicah dengan sup .

Cara menyediakan sup krim ayam. 

Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.Masukkan ayam cincang,tunggu hingga ayam masak.Masukkan Italian mixed herb,lada sulah dan garam.Masukkan susu full krim dan bancuhan tepung jagung.

Masak hingga mendidih.Tutup api.

Blend dalam blender.Tuang sup ke dalam roti.Lebih sedap jika masukkan sup krim yang masih panas.Hidangkan segera.

Kalau tak nak sup ayam, boleh la tuangkkan sup cendawan berkrim nih...

RESEPI SUP CENDAWAN BERKRIM.
Sumber : mamak haji

BAHAN-BAHAN:
  • 3 cawan cendawan butang  dalam tin atau Gunakan cendawan kering. Masukan air mendidih dalam sebuah bekas. masukan cendawan kering. Biarkan dia kembang dan basuh dan buang akarnya atau bahagian keras di batangnya.
  • 1 cawan bawang besar (jenis kuning – Bawang Holland kalau ada) dihiris kiub.
  • 3 ulas bawang putih. Belah dua ulas bawang putih dan buang pucuk yang terdapat dalam bawang putih.
  • 8 cawan atau 2 liter air stok ayam.
  • 500ml susu berkrim penuh (susu kotak).
  • 1/2 cawan daun parsley english dicincang.
  • sedikit ‘thyme’ segar.
  • 2 sudu besar butter (mentega).
  • 2 sudu besar tepung gandum (cairkan dengan air).
  • 1 sudu besar worcester shire sos.
  • 1/2 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar.
CARA-CARA:

1. Panaskan mentega- jangan sampai terlalu panas, mentega akan terbakar dan hangus. Tumis bawang putih, bawang dan thyme. Cuma layukan saja jangan pulak sampai garing (biasanya 1 minit).
2. Masukan cendawan dan tumis bersama dalam 2 minit  lagi. Masukan lada hitam, sos worcester shire dan air stok ayam. Biarkan sup mendidih selama 15 minit. Tutup api dapur dan sejukkan sup. Keseluruhan sup itu masukkan dalam pengisar dan tak perlu kisar lama biar cendawan kasar sedikit. Masukkan sup yang telah kisar kembali dalam stok pot dan mendidihkan.
3. Bila sup mula mendidih masukkan tepung gandum yang telah dicairkan. Kacau sup sentiasa supaya air tepungnya sebati dengan sup dan menjadi peka. (kepekatan terpulang kepada jumlah air tepung yang dimasukkan).
4. Di bekas yang berlaianan, masak susu sehingga pekat sedikit dengan sentiasa kacau susu yang mendidih. Masukkan susu dalam sup. (anda juga boleh gunakan sour cream yang tersedia).
5. Kecilkan api dapur dan bawa sup anda ke peringkat “reneh” /simmering (sup cuma keluarkan gelembung udara dipermukaan sup). Renehkan sup anda 25-30 minit untuk kepekatan. Sentiasa kacau sup. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api dapur. Taburkan daun parsley di atas sup anda. Sup anda telah sedia. Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...