Monday, September 9, 2013

Kek Coklat Badam

Dah berapa hari anak2 tanya bila nak kek. Jadi petang ni mengumpul kekuatan untuk tunaikan permintaan diorang. Resepi kek dari chef wan ni nampak mengancam. Bahan semuanya ada. Balik je kerja terus sinsing lengan mengadun kek...tak sampai 30 minit adunan siap. 

Untuk hiasan saya gunakan marshmallow dan kitkat....mabeles rasanya. Keknya sungguh gebus.

Kek Coklat Badam
Resipi asal : Chef Wan
Oleh:Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
CC:www.facebook.com/bukuresepi
...
230g butter
300g gula halus
3 biji telur
235g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan koko
1 cawan air panas
1/2 cawan serbuk badam
sedikit vanilla

Ayak tepung gandum dan baking powder. Campur dengan serbuk badam dan ketepikan. Bancuh serbuk koko bersama air panas hingga sebati. Ketepikan.
Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan juga vanilla dan pukul lagi. Masukkan tepung berselang seli dengan bancuhan koko ke dalam adunan butter. Kaup dan balikkan hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang bentuk cincin dan bakar lebih kurang 50-55 minit atau hingga masak. Suhunya 160-170ยบ celcius.

Sos Kastad Koko 

300 ml susu segar
250 ml krim putar - tak perlu dipukul
3 biji kuning telur
50g gula kastor
3 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar butter

Panaskan susu dan krim. Masukkan koko dan kacau hingga sebati. Sementara itu pukul telur, gula dan tepung kastad hingga sebati. Bila adunan susu mendidih, alihkan dari api dan masukkan sedikit adunan ini ke dalam telur sambil dikacau dengan cepat supaya tak bergentel. Satukan adunan telur ini ke dalam lebihan adunan susu dan masak sambil dikacau selalu hingga pekat. Tuang ke atas kek apabila kek dah sejuk yer.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...