Thursday, September 12, 2013

Roti goreng isi pisang dan keju

Sedapnya roti isi pisang dan cheese nih...anak2 saya suka. Terima kasih kepada yang berkongsi resepi ni daripada sumber asal Rahel olahan Melly.

Roti goreng isi pisang dan keju

Bahan Bahan:
10 biji pisang raja di belah dua - saya guna pisang berangan ( kalau taknak belah pun tak pe)
2 sdm butter
10 keping roti sebarang jenama
Parutan cheedar cheese secukupnya - saya campur mozarela skit
1 biji telur dipukul sedikit
Bread crumb secukupnya
Minyak untuk  menggoreng
Cara Membuat :
1.Panaskan butter dalam non stick pan  lalu masukkan pisang nya dan goreng hingga kecoklatan.
2. Leperkan rotinya hingga tipis  dengan roller lalu letakkan pisang di salah satu sisi  nya taburi dengan keju parut secukup nya lalu gulung sambil di tekan biar rapi, ekatkan ujung nya dengan telur.
3. Lapisi dengan telur lalu golekkan ke bread crumb. lakukan sampai habis.
4. Panaskan  minyak dan goreng dengan api sedang sampai kecoklatan lalu angkat dan toskan. Enak di makan hangat hangat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...