Wednesday, February 28, 2018

Bubur nasi bersama sambal lobak masin


Menu sarapan pagi ni. Dah lama tak buat bubur nasi yang dimakan dengan sambal lobak masin. Sedap sangat sambal ni....kena dengan selera saya. Selain menggunakan cili kering, boleh tukarkan dengan cili hijau dan cili padi hijau..ikut citarasa. Hasilnya sama memikat selera. Saya kehabisan stok cili hijau...jadi gunakan cili kering saja kali ni.


Untuk penyediaan bubur nasi yang mudah dan cepat boleh Klik resepi di link ini. Saya kongsikan cara2 menyediakan bubur nasi yang elok kembangnya dalam dalam lebih kurang 15 minit sahaja.


Sambal lobak masin

100 gm ikan bilis
200 gnm lobak masin (boleh beli yang dah siap cincang atau yang besar tu potong saiz kecil ikut citarasa)
2 senduk cili kering kisar
3 sb air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
Minyak untuk menumis

Kisar ikan bilis, bawang besar dan bawang putih hingga lumat.
Tumis hingga naik bau dan sedikit keperangan (air kisaran kering).
Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan gula dan air asam jawa. Kacau sebati.
Masukkan lobak masin. gaul rata. Perisakan dengan garam secukup rasa.
Biarkan memasak seketika sebelum tutup api.
Hidangkan bersama bubur nasi.

Masak lemak pucuk ranti


Hasil tuaian di pasar tani stadium seksyen 13. Kat pasar ni macam-macam sayur kampung ada jual. Tengok pucuk ranti teringin nak makan.....sejak tak ke Sungai Yu cari ikan segar ni dah tak jumpa pucuk ranti ni. Dulu kat gerai sayur pasar Sungai yu tu sesekali ada jer jual....

Sayur ni hubby yang masak....memang terer hubby kita bab2 masak sayur ranti....heheehe.


Masak lemak pucuk ranti

Sayur ranti (saya guna nalam dua ikat - ambil pucuknya dan daun2 muda - basuh dan toskan).
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
sedikit (dalam sejemput) udang kering atau ikan bilis
3 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah/hijau - hiris (optional)
1 biji keledek oren (potong saiz sederhana besar)
sedikit serbuk kunyit (Optional)
Garam secukup rasa

 ------

Masukkan santan, bawang dan bawang putih, keledek ikan bilis ke dalam periuk. Pasang api sederhana. Kacau selalu supaya tak pecah minyak, agak2 keledek dah nak empuk, masukkan pucuk ranti dan cili merah. Masak hingga saya empuk dan santan mendidih. Perisakan dengan garam. Angkat dah hidangkan

Tuesday, February 27, 2018

Macaroni Goreng


Menu tambahan untuk majlis ilmu minggu lepas. Menu emergency....bahan pun yg express saja la. Asalnya memang tak plan nak masak apa2....sebab kali ni katanya ada sponsor lempeng cicah sambal bilis. Tapi last minute hubby dok tanya nak tambah makanan apa...takut tak cukup. Kesiankan anak2 tahfiz tu...kang kelaparan pulak sebba biasanya kalau hari ada majlis ilmu surau sediakan makanan berat.

Sekali fikir nak yang mudah dan bahannya senang...boleh beli kat speedmart jer...maka termasakla makaroni goreng ni. Guna daging burger jer menggantikan daging cincang.


Makaroni goreng ZLC

Bahan2nya

1500 gm makaroni - rebus dengan air yg diletakkan garam secukupnya hingga lembut. (@ Ikut arahan di pembungkus)

1 1/2 - 2 kg daging cincang
1 - 2 kg sayur campur (boleh adjust ikut citarasa)
6 sb cili kering kisar
3 sb rempah kari (boleh adjust ikut citarasa)
1 tin besar tomato pure (tak letak kali ni)
1 cawan sos tiram
1 cawan sos cili.
Celery jika suka
daun sup dan daun bawang untuk ditabur (jika suka)
Minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumis

6 biji bawang besar
15 ulas bawang putih
4 inci halia


Kisar atau cincang bahan tumis. Tumis hingga naik bau.

Masukkan rempah kari. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan sos tomato, tomato puree dan sos cili. Kacau sebati.

Masukkan daging cincang....masakkan hingga daging masak. Kacau sesekali supaya tak berkerak.

Masukkan mix vege....kacau rata...biarkan seketika. Perisakan dengan garam.

Masukkan makaroni, dan celery yg telah dipotong kecil. Gaul sebati dan tutup api....hidang dan taburkan dengan daun sup dan daun bawang jika suka.



Resepi sama dengan post muffin sebelum ni tapi penampilan berbeza. Sebelum ni saya guna blueberry filling tapi kali ni saya guna fresh blueberry. Kebetulan masa singgah di Jaya Grocer yang baru dibuka kat area rumah ni ada offer. Beli 2 pack semata2 nak repeat resepi muffin ni. Aritu buat cam tak semenggah rupanya...walau pun rasanya ok jer...anak pun suka..... kali ni baru la puashati....lawa jer kejadiannya......betul tak...


Blueberry muffin mudah

Bahan2nya

1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula halus + 1 sb untuk taburan dia atas muffin
1/2 sk garam
2 sk baking powder
1/3 cawan minyak
1 biji telur gred A
1/2 cawan susu
1 1/2 sk vanilla esen
1 cawan blueberries segar

Cara2nya

Panaskan oven pada suhu 170°C.
Sediakan muffin pan atau saya guna paper cu jer.
Dalam mangkuk pengadun, satukan tepung gula, garam dan baking powder. Dalam mangkuk lain satukan minyak, telur, susu dan esen vanilla dan sebatikan dengan garfu.

Tuang adunan telur ke dalam adunan tepung. Gaul guna garpu jer sekadar sebati. Jangan terlebih gaul nanti muffin keras dan kering.

Nota
Adunan sepatutnya pekat dan boleh di scoop. Kalau adunan terlalu cair, tambahkan 1 sb tepung setiap kali sehingga adunan menjadi lebih pekat. Kalau adunan terlalu cair tambahkan susu sesudu besar sekali tuang sehiggga mendapat adunan yg sesuai.

NOTE: Batter should be thick and you should be able to scoop it. If too runny add a tablespoon of flour at a time to thicken, if too thick add a tablespoon of milk at a time to thin.

Masukkan bueberries dan gaul rata. Scoop adunan ke dalam muffin tin dan taburkan gula diatasnya. Bakatmr selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Sejukkan muffin diatas rak.


Kari sotong


Kari sotong munge2...menu tengahari ahad dua minggu lepas. Lama dah tak berkarya dengan sotong....seronok tengok hasilnya selepas dimasak. Anak2 pun suka makan sampaikan tak tinggal sikit pun untuk ummi. Ummi lepas .asak tu kepenatan. Tak larat nak makan...ingat nanti2 baru nak menjamah nasi tapi tengok sotong munge2 dah habis....hehhehe...takpe la nak...makan la selagi ada selera...


Kari sotong

Bahan2

1 kg sotong
3 sb rempah kari ikan + ayam
3 sb air asam jawa pekat
3 cwn santan pekat
5 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
3 tangkai daun kari
10 biji bendi (optional)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


---------
Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah kari dikisar halus hingga pecah minyak/ naik bau. (bwg n halia kalu nak hiris pun boleh).
Masukkan santan pekat yg pekat dan masak hingga mendidih.

Masukkan garam, bendi dan air asam. Masakkan lebih kurang 3 minit.
Akhir sekali masukkan sotong dan dan biarkan hingga sotong masak.
(Sotong jgn dimasak terlalu lama nanti keras).


Kek mentega vanilla


Kek mentega vanilla (vanilla butter cake) eeswpi azie kitchen saya guna utk buat kek ni. Caranya saya tak ikut azie....saya tak asingkan telur putih dan kuning tapi masukman sekali gus.

Untuk hiasan kek saya guna buttercream......dan manik2 gula...dan sedikit fondant.


Vanilla Butter Cake

Bahan bahan:

230gm butter (salted) - lembutkan 
200gm telur tanpa kulit (4 biji gred B)
200gm gula kaster
200gm tepung naik sendiri - ayak
60ml susu segar/wholemilk
1 sk vanilla extract

Panaskan oven pada 170C. Lapik loyang 8x8" dan lenser mentega termasuk di sekeliling loyang.

Pukul mentega dan 150 gram gula sehingga kembang. Masukkan vanilla extract dan pukul seketika.

Masukkan telur  satu persatu sambil terus diputar.

Masukkan separuh dari tepung dan kacau dengan kelajuan perlahan. Masukkan susu dalam 2 kali sebelum dimasukkan baki tepung gandum.

Masukkan separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan. Masukkan baki telur putih dan dikaup balik menggunakan sudip sahaja sehingga sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. Boleh kurangkan suhu pada 15 minit terakhir.

Biarkan di dalam loyang dalam 10 minit sebelum disejukkan sepenuhnya di atas redai.

Nota:

Kalau nampak bahagian atas kek sudah keperangan, boleh kurangkan suhu oven atau boleh juga dilapik dengan aluminium foil.

Buttercream

500 gm krimwell
250 gm gula ising
1 sk esen vanilla

Pukul hingga gebu.

LEMON CHICKEN CHINESE STYLE



LEMON CHICKEN CHINESE STYLE......terliur nengok masakan chef obie lalu lalang kat wall....terus cnp resepi dan petang ni terus buat....yumyumyum...jemput makan...


LEMON CHICKEN CHINESE STYLE

Bahan utama:
1 keping isi dada ayam atau chicken fillet
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar lada sulah
1/2 sudu besar serbuk stok ayam
1 biji telur
6 sudu besar tepung jagung
****tambah 1 sk serbuk paprika
Minyak utk menggoreng

Bahan Sos

1 cawan stok ayam (saya letak air biasa)
1/2 @ 3/4 cawan jus lemon
2 sudu gula pasir
1/2 biji lemon (saya tak letak)
2 btg cili merah kisar ( saya campur cili padi)
Sedikit pewarna lemon yellow (saya tak letak)
Bancuhan tepung jagung

Hiasan : Bijan disangai atau daun bawang ( optional ) jika suka

**** saya guna daun ketumbar dan parutan lobak merah



Cara Penyediaan :

1-Ayam
Marinated @salutkan ayam bersama kicap cair & manis,biar seketika.
Celupkan dalam telur kemudian toskan lelehsn telur,salutkan pada tepung jagung+lada sulah+serbuk stok ayam kemudian goreng hingga garing.
Ketepikan

2- Sos
Didihkan stok ayam ,cili merah, jus lemon,gula,1/2 biji lemon(boleh dihiris)
Apabila telah mendidih,asingkan @ keluarkan lemon. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung.kacau hingga sedikit pekat,masukkan setitis pewarna dan siap utk digunakan. * tuang sos pada ayam yg telah digoreng ,boleh taburkan bijan dan daun bawang
Selamat mencuba😊

Follow my ig : chef_obie_official

FB: chefobie untold

website: chefgunawanmalaysia.blogspot.com

#chef #nasiayam #lemonchicken #ayamlemon #empayarmakanan #chefobie

Selamat mencuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...