Saturday, November 11, 2017

Teh Arab

Teh arab yang saya buat untuk minum petang sambil rewang kat surau bulan lepas. Refreshing....segar nafas lepas minum. I lioke very2 much.......muahhhh....hahahhaha.


Teh Arab

Bahan2 (untuk 4 orang)
1 uncang serbuk teh ( saya guna boh/lipton)
4 sb gula (ikut citarasa)
8 biji buah pelaga
12 biji bunga cengkih
15 helai daun pudina
1 liter air panas

---------------
Masukkan air ke dalam jug.
Campurkan uncang teh dan gula. Kacau hingga gula hancur.
Masukkan bunga cengkih, buah pelaga dan daun pudina. Kacau seketika.
Hidang ketika masih panas....

LAKSA UTARA


Sesaja buat melepaskan teringin. Kakak saya yang masakkan. Ikannya saya dah rebus lama....simpan dalam freezer. Bahan hiasan pun tak lengkap...telur pun malas nak rebus. Janji ada kuah dengan meenya...kira ok dah.


Laksa @ ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my

1 kg ikan selayang - rebus dengan 5 keping asam keping dan asingkan isi dengan tulang2nya. Kisar isinya dulu menggunakan air rebusan dan masukkan ke dalam periuk. Kemudian kisar tulang dan kepalanya, tapis dan masukkan patinya ke dalam periuk.

Bahan lain

5 keping asam keping (boleh tambah kalau tak cukup masam)
15 biji cili kering (ikut citarasa nak pedas boleh tambah) kisar bersama
1 biji bawang besar
2 inci belacan (bakar)

Masukkan ke dalam periuk. Dan masak hingga kuah mendidih. Kemudian masukkan

Secekak daun kesum dan sekuntum bunga kantan belah 4.

Perisakan dengan garam secukup rasa dan masak hingga kuah sedikit pekat (ikut citarasa)

Bahan2 pelengkap

1 paket laksa (terpulang nak guna yang basah atau kering) - celur lembut

Hiris

Daun salad
Timun
Bawang besar
Cili

Limau kasturi - belah 2
Daun pudina (optional)
Telur rebus
Petis (optional)

Masukkan sedikit laksa ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah. Taburkan bahan2 hiris.


Nasi Kabsa Ayam


Cerita hari ini. Tempahan dari jiran untuk tetamu yg bertandang di rumahnya. Alhamdulillah...awal pagi saya dah mulakan proses sambil hubby ke pasar membeli barangan keperluan. Chicken kabsa resepi lydia jadi pilihan.


CHICKEN KABSA RICE

A)

1 ekor ayam - potong 4 @ 8
2 sb minyak
1 biji bawang besar
2 biji tomato besar - buang kulit dan cincang
1 batang kulit kayu manis
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sk serbuk pelaga
1/2 sk serbuk jintan putih
4 kuntum bunga cengkih
3 helai daun salam
1 sk rempah kabsa
1 sk pes halia
1 sk pes bawang putih
3-4 biji pelaga
Garam secukup rasa

Panaskan minyak. Tumis bawang hingga keperangan. Masukkan halia dan bawang putih. Terus tumis hingga keperangan. Masukkan ayam dan air secukupnya.

Masukkan bahan2 lain kecuali garam dan rebus hingga daging lembut. Masukkan garam setelah separuh masa memasak. Asingkan ayam daripada air rebusan. Tapis air rebusan untuk asingkan bahan2 lain.

 B)

3 cawan beras basmathi
1/2 cawan kismis
3 sb minyak
2 sb minyak sapi
1 biji bawang besar - cincang
1 batang  kulit kayu manis
1/3 sk serbuk lada hitam
  1/2 sk serbuk pelaga
3-4 kuntum cengkih
2 helai daun salam
1 sk rempah kabsa
1 sk serbuk halia
1 sk pes bawang putih
1 sb jus lemon
3-4 biji pelaga
Garam secukup rasa
3 sb pes tomato
1/4 sk serbuk kunyit
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan putih
2 biji limau kering
1 biji cili benggala - cincang kasar

Basuh beras, dan rendam 30 minit utk pusa cream dengan sedikit garam.

Dalam periuk sederhana, panaskan minyak2. Tumis bawang himgga naik bau.

Tambah * dan teruskan menumis hingga naik bau. Masukkan beras, serbuk kunyit dan pes tomato. Tumis selama 2 minit. (Semalam saya masukkan stok dulu sebelum masukkan beras.)

Tambah air rebusan, jus lemon dan kambing dan tutup periuk. Biarkan 25 - 30 minit atau hingga nasi masak. ( saya masukkan kambing dan cili setelah nasi hampir kering dan tutup periuk 10 minit dan terus memasak dengan api kecil).  Sukatan air yg saya guna utk beras pysa cream - Air 1 cawan beras : 11/4 cawan cecair.


Salasa hara

1 biji tomato
1 biji cili hijau + cili padi (ikut citarasa)
1 pokok daun ketumbar (jgn buang akarnya)
Jus lemon/limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

Satukan semua bahan dan kisar. Jgn terlalu halus....simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan bersama nasi arab.


C  (optional)

1/4 chopped fresh corainder

Place Kabsa Rice in the platter and sprinkle with roasted pine nuts and fresh corainder leave on the top Serve it with dakkos or maraq.


Chocolate Chips Cookies


Dah dekat lebih seminggu tak update. Masak macam2 tapi takde kesempatan. Tetiba macam bz sangat dengan macam2 hal. Gambar masakan pun tak sempat nak snap.

Resepi asal  dari chef wan...saya olah sedikit


BISKUT COKLAT CHIPS

Bahan-Bahan :

1 cawan mentega (250 gm)
3/4  cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1/3 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 sk chocolate emulco
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan kekacang ~ dicincang - optional
70 gm buah kurma ~ dicincang - optional
1 cawan coklat chip separuh manis

Caranya :

Dengan mesin pengadun putar mentega pada kelajuan tinggi. Campur esen vanila dan kedua-dua jenis gula dan pukul sehingga gebu. Masukkan telur. Kurangkan kelajuan ke paras rendah, masukkan koko dan emulco sambil dipukul diikuti dengan susu.

Di dalam mangkuk lain, gaulkan tepung dengan baking soda sehingga rata menggunakan senduk kayu. Campurkan kekacang, kurma dan coklat chip, kacau rata-rata. Masukkan ke dalam adunan mentega dan adun rata-rata.

Bulat-bulatkan adunan dengan sudu teh. Atur di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 175C selama 12-13 minit atau ikut saiz biskut dan oven masing-masing. Sejukkan biskut selama 2 minit sebelum diangkat dari dulang pembakar.


Thursday, November 2, 2017

RESEPI ROTI & DONUT LEMBUT


Seronok petang ni buat roti dan donut ada ring dan gebu gebas lembut sangat. Berbaloi2 mencuba resepi nor jannah ni.

Lama sangat tak buat donut ni....agaknya dah makan tahun juga. Semalam tetiba datang mood...dua tiga menjak ni kerap pulak nampak org tayang donut gebu.

Resepi ni 2 in 1.....bakar jadi roti.....goreng jadi donut.....sama gebu hasil. Tak caya uols cuba yer.


RESEPI ROTI DAN DONUT LEMBUT
Resepi Oleh: Nor Jannah
Dicuba Oleh: Zulfaza Loves Cooking

Bahan A:

Tepung gandum- 500 gram
Gula kasar- 80 gram
Garam- 6 gram
Yis- 8 gram
Bread Improver- 5 gram
Marjerin- 55 gram / shortening utk warna lebih putih

Bahan B:

Telur- 1 biji gred A
Ais Kiub- 100 gram
Air biasa- 140 gram

Cara untuk uli menggunakan mixer:

1) Timbang bahan A dan masukkan ke dalam bowl.

2) Timbang bahan B dan masukkan ke dalam A.

3) Putar menggunakan mixer dengan menggunakan speed rendah dahulu sehingga sebati.

4) Kemudian boleh tukar ke speed medium. Putar sehingga doh elastik iaitu doh licin, berkilat dan tarik tidak putus.


[ Cara untuk membuat donut ]

1) Timbang doh 40 gram untuk membuat donut.

2) Bulatkan dan letak atas tray yang di tabur sedikit tepung agar donut tidak melekat di tray.

2) Perap 20 minit dulu. Baru canai, kemudian boleh lubangkan donut dengan jari atau nak guna nozel pun boleh untuk buat lubang.

3) Sambung perap sehingga naik dua kali ganda.

4) Panaskan minyak dengan api sederhana. Angkat donut menggunakan sudip yang di celup minyak panas. Letak donut dalam kuali.

5) Ulangi step ni, sehingga donut penuh dalam kuali. Tidak perlu nak kalih donut. Jika donut dah masak atau berwarna perang. Barulah di kalih.

*Untuk mendapatkan ring di tengah, donut tidak boleh banyak kali di kalih. Cukuplah dua kali kalih saja.

*Jika banyak kali kalih, donut juga akan menyerap minyak.

6) Siap di goreng, toskan.

7) Salut dengan 2 jenis gula bila donut dah suam. Gula castor 100 gram + Gula icing 80 gram. Jika tidak ada, boleh blander gula kasar separuh halus.


Cara untuk membuat Roti

1) Setelah siap, keluarkan doh dan timbang 33 gram. Bulatkan dan letak dalam loyang 5 inci sebanyak 5 biji.

2) Perap sehingga doh naik paras loyang dan bakar suhu 160'c selama 30 minit, api atas bawah. (Suhu ikut suhu oven masing-masing)


[ Jika guna bread maker @ BM ]

1) Masukkan bahan cecair di bawah dulu. Bahan kering di atas.

2) Sukatan ais kuib boleh tukar ke air biasa.

3) Boleh uli dua kali untuk dapatkan hasil roti yang halus.

4) Selepas siap, boleh timbang dan ikut step membuat roti/ donut seperti di atas.

Saya halalkan ilmu yang di beri. Sharelah untuk semua. Terima kasih.

#KelasKakJannah


Tuesday, October 31, 2017

Ayam Tumis Cili Masak


Ni menu subuh kitab....kalau hari bekerja menu tengahari saya kebanyakannya 2 in 1. Lauk dan sayuran dalam satu hidangan jer.

Subuh aritu tengok kat freezer stok dada ayam banyak dan cili masak pun banyak stoknya jadi saya masak tumis jer dada ayam yang dipotong nipis. Menu campak2 jer kata orang......masak ikut suka.


Ayam tumis cili masak

5 keping dada ayam - hiris nipis
1 biji bawang besar - hiris
8 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia
1 sk serbuk kunyit
10 biji cili masak - kisar kasar
2 kepimg asam gelugur
Sayuran pilihan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumis bawang, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan ayam, serbuk kunyit dan goreng hingga sedikit garing. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan asam keping. Tumis seketika. Masukkan sayuran. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sayur empuk. Tutup api dan hidangkan.

Menu hari minggu: ikan masak lemak tumis dan kangkung tumis


Menu ahad lepas. Menu simple2 ajer sebab macam2 kena masakan kena prepare untuk jamuan ofis semalam. Lepas ke pasar, siap basuh dqn simpan ayam ikan dalam freezer lepas sekejap sebelum mula memasak. Bermula dengan goreng cendawan sambil tu prepare masakan ikan. Sayur tu minta tolong kakak ngan atuk siapkan. Kangkung ni hubby yang teringin sangat nak makan.

Zohor juga la baru siap. Lepas siap makan tengahari rehap kejap sebelum mula baking congo bar, kek dan bislut. Sambil2 tu kupas2 apa yang patut utk menu jamuan kat pejabat.

Dalam sibuk2 masak tu sempat juga la mengubah susun atur perabut. Berpeluh2 seharian ahad lepas dengan macam2 aktiviti.


Resepi ikan masak lemak tumis

1 kg ikan tenggiri - bersihkan, gaul dengan garam dan serbuk kunyit - goreng sekejap dengan sedikit minyak atas kuali non-stick. Ketepikan.

Kemudian kisar kering/tumbuk

1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Tumis dengan sedikit minyak (hingga pecah minyak dan naik bau. Kemudian masukkan

5 biji cili masak & 10 biji cili padi kisar
2 batang serai diketuk

Tumis lagi hingga pecah minyak. Selepas itu masukkan 5 cawan santan dari sebiji kelapa. Kacau rata. Kemudian masukkan sekg ikan. Masukkan 2 keping asam gelugur, garam secukup rasa. Masak hingga mendidih. Kacau sesekali supaya tak pecah minyak. Masukkan tomato, masak selama 2 minit lagi dan tutup api.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...