Thursday, March 29, 2018

Ayam Masak Cendawan Shitake @ ZLC


Ayam Masak Cendawan Shitake @ ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my
#laukZLC #ayamZLC

Ayam Masak Cendawan Shitake (Chinese style) untuk dinner malam ni. Semalam anak bertuah rendam sepaket cendawan kering yang ummi suh rendam 8 ketul untuk buat sizzling. Jadi malam ni kena la masak sesuatu yg menggunakan cendawan tu supaya tak rosak. 

Resepinya saya pernah post kat blog ni......antara popular post kat blog saya dah setahun lebih berada dalam carta....hehhehe. Resepi ni adik beradik resepi sizzling tu. Mudah nak disediakan dan sedap.


Sekejap ada...sekejap tiada....magic betul....ermmmmm sedap ler tewww. 
#ayammasakcendawanshitake hidang dalam pinggan #antik buat masakan tambah enak kot

Ayam Masak Cendawan Shitake @ ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my
300g ayam (potong kecil)
1 pek cendawan shitake atau cendawan butang (belah dua)
5 batang cili kering
5 butir bawang putih (ketuk jer)
halia lebih kurang sebesar ibu jari (hiris nipis)
1 biji bawang besar (potong bulat)
3 sudu sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair (saya letak kicap pekat manis jer 4 sb)
lada putih secukup rasa
Air secukupnya
sedikit minyak untuk menumis


Langkah-langkah Penyediaan:

Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau. Masukkan sos tiram dan ayam. Masukkan air (ikut citarasa nak kuah banyak ke sikit) supaya ayam lebih cepat masak.

Tunggu hingga ayam empuk dan kuahnya mendidih.Masukkan cendawan, kicap pekat, kicap cair dan bawang yang dipotong bulat. Kemudian, masukkan lada putih dan minyak bijan. Gaul hidangan agar sekata. Sedia untuk dihidang.


Ayam masak cendawan ni saya tak letak garam sebab dah pakai sos tiram dan kicap.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...