Thursday, March 29, 2018

Sizzling Yee Mee


Dinner malam ni....sizzling yee mee. Kita tak mampu lagi nak beli hotplate walaupun tiap kali pegi kedai nampak hotplate tu kita belek...kita tenung tapi masih tak tergamak nak beli. Kalau beli tak boleh beli satu....almaklumlah rakyat jelata ramai.

Tapi dek kerana teringin sangat nak buat sizzling ni.....sebab biasa makan kat kedai ala2 jer rasanya....bahan pun kurang jadi balik krojer lepas berehat sebentar kita pun masak le mee ni.

Pagi tadi sempat siapkan breakfast jer, lauk tak masak.....untuk dinner kena masaklah...kesian kat rakyat jelata.


YEE MEE SIZZLING DALAM PAN

Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)

3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil (saya guna hirisan daging yang telah direbus empuk)
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sb sos tiram
6 sb kicap
1 sb serbuk lada hitam (boleh kurangkan ikut citarasa)
1 sk minyak bijan
2 sb tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air (saya guna air rebusan daging)

 Cara-caranya:

Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga naik bau.

Masukkan 4 cawan air rebusan daging. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air). Masukkan sos tiram, kicap dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan masukkan daging dan cendawan. 

Biarkan 2 - 3 minit. Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat. Kemudian masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.

Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali. Masukkan 1 gulung yee mee,
Biarkan mee lembut sedikit. Masukkan sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan seketika hingga telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Selamat mencuba...


** Kalau guna plate sizzling, kena faham bahawa plate tu dibuat drp besi... Jadi kalau dibiarkan basah atau lembab akan menyebabkan plate berkarat. Kalau dah berkarat tu, jgnlah dibuang, tapi cuci bersih2 sehingga hilang semua karatnya...

Cara nak mengelakkan plate besi tu dari berkarat ialah, selepas digunakan terus dibasuh dan terus panaskan di atas api hingga plate benar-benar kering dan sejukkan. Barulah disimpan di tempat yg kering...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...