Tuesday, March 27, 2018

Mee Kari Makcu dengan kesum


Menu sarapan sabtu lepas. kalau biasanya saya tak letak kesum, tapi hari ni sesaja masukkan sebab geram tengok daunnya melambai2 kat tingkap dapur tu. Sedap jugak letak daun kesum, penambah perisa gitew. Boleh diamalkan len kali masak mee kari nih.


Mee Kari Makcu dengan kesum

Untuk kuahnya

Bahan-bahannya

1 1/2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
segenggam ikan bilis
3 sb serbuk kari daging
2 sb serbuk kari ikan
4 sb cili boh
1/2 cwn air asam jawa pekat
3 liter santan dari 2 biji kelapa
Air secukupnya
sotong, kerang, udang, fish ball dan fish cake (ikut citarasa, boleh letak ayam atau daging)
Garam secukup rasa
1 sedikit gula melaka (optional)
3 batang serai dititik
4 tangkai daun kari
seikat daun kesum
Minyak untuk menumis.

Rempah tumis

5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis

----

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan ikan bilis hingga hancur.

Panaskan minyak. Tumis serai dan daun kari serta rempah tumis hingga terbit bau. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.

Masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing/pecah minyak. Masukkan air asam dan kacau rata. Kemudian masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih.

Masukkan sotong, udang, kerang, fish cake dan fish ball dan daun kesum. Masakkan 5 minit sebelum tutup api. Hidangkan bersama bahan pelengkap di bawah.


Bahan pelengkap

1 kg mee kuning di celur
Tauge/sawi/kacang panjang dicelur
Bawang goreng
Cili dihiris nipis
Tauhu goreng
Daun sup dan daun bawang
Daun pudina
Limau nipis/kasturi
Cili jeruk
Bawang goreng


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...