Tuesday, March 27, 2018

Chicken Mandy


Dah lama tak masak nasi arab.....ada masa hari minggu yang lalu jadi buat la nasi mandy ni. Bagi saya nasi mandy antara nasi arab paling sempoi dan rasanya pun tak mengecewakan....sedap sangat sampai licin.


Ni kerja anak yang no 3......punya lama dia kat meja makan rupanya kusyuk menyusun nasi untuk buat ayat ni. Mulanya dia tanya kenapa masak nasi arab....kyra tak suka....kenapa tak masak nasi briyani....sedap sangat kuah dia. Tapi sekali dia makan air tangan ummi dia ni, bertambah-tambah....sampai mengulang dua tiga kali tak kenyang2....hahahha



Chicken Mandy @ ZLC

Bahan-bahan untuk Mandhi/mandy ayam:-

1 ekor ayam potong 4 atau 8/ikut suka dan di cuci bersih
1/2cmt ketumbar biji
1/2cmt jintan manis
1/2cmt lada hitam biji
1/2cmt all spices  (boleh beli kat kedai barangan timur tengah)
1 biji bawang besar-belah 4
1-2 helai daun bay
1 inci halia
Garam
air untuk merebus

Cara penyediaan:-

1. Rebuskan ayam dengan kesemua bahan di atas selama lebih kurang 10 - 15 minit bergantung pad pada saiz ayam. Saya tak rebus lama sangat kalau guna ayam daging ni sebab nanti nak bakar lagi. Kalau rebus terlalu lama dagingnya akan hancur.

2. Keluarkan, tapis air rebusan dan ketepikan. Gaul ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan rempah all spices (baharat) dan bakar hingga keperangan.


Nasi Mandhi

Bahan-bahanya:-

4 cawan beras basmathi ~ rendam 30 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi (saya guna 2cmb ghee + 2cmb minyak masak)
5 1/4 cawan air/ stok ayam
1/3cwn kismis (optional)

Rempah tumis:-1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Didihkan stok ayam bersama ghee/ minyak, kismis dan rempah tumis hingga betul- betul memgelegak, dengan api yang besar masukkan beras tutup periuk dan kacau sesekali. Bila airnya hampir kering, tutup periuk dan kecilkan api. Masak dalam 5 -7 minit hingga nasi masak.

2. Setelah nasi masak, buka penutup dan kareh sedikit nasi, susunkan ayam dalam periuk, buat lubang ditengah-tengah nasi dan letakkan cawan kopi/lompang/ remekin, letakkan seketul kecil arang yang telah dibakar hingga berbara, tuangkan sedikit minyak masak/zaitun pada arang tu. Masa ni asap akan keluar berkepul-kepul...

3. Tutup periuk cepat-cepat, kalu ada lesung batu tindihkan atas tudung periuk tu kasi berast supaya asap tak keluar, biarkan supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi dan ayam lebih kurang 5-10 minit.

4. Buka tudung periuk dan keluarkan arang, kareh nasi dengan garfu.


5. Hidangkan dengan salasa tomato (blend 2-3biji fresh tomato + 1-2 biji cili hijau+1 biji bawang besar. Masukkan jus lemon dan garam serta gula secukup rasa. Jangan masak, terus hidangkan je..enak kalau sejuk, saya buat awal & simpan dalam peti sejuk sebelum nk hidang), jarjir/salad/lemon/carrot dan bawang besar. Siap!

NOTE:- Keistimewaan nasi ni terletak pada aroma asap. Saya dah mencuba beberapa resepi yang ada kat beberapa Blog yang lain tetapi rasanya agak berbeza dari apa yang saya makan so terpulang pada selera masing- masinglah nak menilaikan ikut tekak sendiri kan ...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...