Monday, August 14, 2017

Pankek Cip Coklat


Cerita petang semalam. Adik sekeluarga datang petang. Tak tau nak hidang apa. Tanya anak2 buah nak makan pankek tak....semua cakap yesssssss....termasuk la anakanda semua. Nak bagi menarik saya tambah cip coklat.....banyak2.....buat besar2 supaya sorang makan satu pun dah kenyang. Gedabak besarnya....penuh satu pinggan. Selesai....8 kali goreng dah kenyang semua budak....hehehe.


Pankek Cip Coklat @ ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
3 biji telur gred C
3 sb gula halus
3 sb minyak zaiton atau minyak masak
2 sb mayonis
1 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla
1/4 cawan cip coklat
Secubit garam halus
Mentega dan madu/maple syrup untuk dimakan bersama pancake

CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan semua bahan kecuali cip coklat dan kacau guna whisker hingga rata dan adunan licin. Masukkan cip coklat dan gaul rata.

Panaskan non-stick frying pan pada api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak menggunakan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak.(saya tak letak minyak)

Sudukan anggaran 3 1/2 camca besar adunan tadi. Ratakan.
Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan.

Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama mentega dan curahan madu atau maple syrup.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...