Wednesday, August 2, 2017

Dates And Chocolate Chips Muffin


Kemaruk muffin dua hari ni... Mentang2 semalam buat habis licin...hari ni buat lagi tapi perasa lain. Eksperimen resepi menggunakan kurma yang dikisar bersama susu dan timbahkan dengan cip coklat.  Hasilnya sedap banget...


Dates and Chocolate Chips Muffins
Muffin kurma dan cip coklat
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

Bahan A

1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (@ mentega cair)
11/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B

2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula (saya kurang dalam 1 sb)
secubit garam

Bahan C

1 cawan Kurma (yang dah dibuang biji)
1 cawan choc chips

Cara-caranya

Panaskan oven pada suhu 180c-190c.

Kisar kurma dengan susu. Ayak Bahan B dan satukan dengan choc chips dalam mangkuk.

Masukkan bahan A dan kurma kisar,  kacau rata hingga kesemuanya sebati menggunakan whisk.

Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh.

Bakar selama 15-20 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masing-masing)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...