Thursday, August 3, 2017

DOUBLE CHOCOLATE MUFFIN


Muffin mania....dah 3 hari berturut-turut membaking muffin.  Sambutan masih memberansangkan....tu yang semangat lain macam jer 3 hari ni.

Kali ni mengolah muffin berperisa coklat dan diperkaya dengan chocolate rice.


Double Chocolate Muffins
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

Bahan A

2 biji telur
1 cawan minyak sayuran (@ mentega cair)
2 1/2 cawan susu segar

Bahan B

4 cawan tepung gandum
1/3 cawan serbuk koko
6 sudu kecil baking powder

Bahan C

1 3/4 cawan gula perang (boleh guna 2 cawan untuk rasa lebih manis)
1 cawan choc rice
1/2 sk garam


Cara-caranya

Panaskan oven pada suhu 180c-190c.

Ayak Bahan B dan satukan dengan bahan C dalam mangkuk.

Masukkan bahan A dan kacau rata hingga kesemuanya sebati menggunakan whisk.

Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh .

Bakar selama 15-20 minit atau hingga masak. (bergantung pada oven masing-masing)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...