Wednesday, July 11, 2012

Biskut Nestum Rangup

Resepi dapat dari blog Mat Gebu....Sedap...buat satu bancuhan...anak2 suka walau pun kali ni tersilap bancuh....tertinggal tepung gandum cuma guna tepung jagung semata2 270 gram....patutla bancuhan nya lembik dan tak boleh diterap...jadi terpaksala guna acuan dahlia....tapi rasa tetap sedap dan laku di pasaran....hehehe...Resepi sebenar disini...


BAHAN-BAHANNYA :-)
260 gram mentega, mat guna jenama Anchor
120 gram gula aising (Gula saya guna 110 gm aje)
250 gram tepung halus (atau tepung gandum)
130 gram tepung jagung
60 gram badam serbuk
40 gram nestum biasa, dikisar
1 camca teh esen vanilla
Kuning telur, untuk disapu
Gula hiasan secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati.
2. Masukkan tepung, tepung jagung, serbuk badam dan uga nestum.
3. Uli hingga jadi doh. Canai 1/2 cm ketebalannya dan terap guna acuan kegemaran.
4. Alih dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
5. Sapu kuning telur dan tabur gula hiasan, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C,
    selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.
6. Biar suam sekejap atas dulang pembakar, alih atas jaringan dan bila betul2 sejuk, simpan dalam
    bekas kedap udara..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...