Tuesday, July 31, 2012

Serawa Gerbis aka Timun Acheh aka Timun Betik

Ini rupa buahnya...susah nak cari kalau bukan bulan posa sebab orang tanam
utk dijual bulan posa jer...ada satu nama lagi...timun suri...macam2 panggilan orang bagi yer..


Kalau tengok dalamnya macam labu pun ada...baunya semerbak...kalau pilih cari yang dah kuning camni...dan bau kuat macam kita pilih honeydew....kalau nak makan terus yg dah merekah tu lagi ok..

 Tambah ais dan dah sedia untuk diminum...

Cara penyediaannya mudah ajer...

Sediakan santan pekat secukupnya/susu segar/susu cair
Sedikit garam
Air gula melaka/ gula putih pun boleh
Buah Gerbis yang dipotong kecil
Ketulan ais secukupnya
---------
Campurkan semua bahan2 tu dan masukkan ketulan ais...dah siap...

Kalau nak senang kisar halus semua bahan2 dan hidangkan...(macam buat air honeydew tu pun sodap)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...