Monday, July 30, 2012

Chocolate Dirt Cake



Kebanyakan masanya saya selalunya tergoda untuk mencuba resepi yg nampak lain dari yang lain. Salah satunya kek coklat kotor nih.....bila nampak jer resepi
resepi dari blog my baking workshop terus tergoda dan cari bahan terutamanya ulat-ulat tu......
.
Cubaannya amat tidak mengecewakan....keknya sedap...rasanya ala2 red velvet sebab adunannya lebih kurang sama cuma dilebihkan serbuk coklat dan tiada pewarna merah....jadi marilah cuba.....jangan tak cuba...anak2 suka dan xcited sebab ada wormnya...so scaryyyyyyyyyy....hahahah


Chocolate dirt cake (kek coklat kotor - kikiki....buruk pulak bunyinya bila diterjemahkan...)









Chocolate Dirt Cake



Untuk Kek :

Bahan A

400g Tepung Naik Sendiri
1/2 sk baking soda
1/2 sk baking powder
1/2 sk garam

Bahan B

150g serbuk koko
100g gula kaster
250ml air panas

Bahan C

2 sk cuka
1 tin susu cair

Bahan D

250g butter
100g gula kaster
2 biji telur gred A


Cream cheese frosting:

250g cream cheese, suhu bilik
1/2 sk esen vanila
58g gula aising, diayak
180ml whipped cream



Cara2 membuat kek:

1. Panaskan oven pada suhu 160 C. Sediakan 3 loyang bersaiz 8 inci. Griskan dengan butter & lapikkan dasarnya dengan wax paper. Ketepikan.

2. Ayakkan bersama bahan2 A, ketepikan.

3. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan bahan2 B, ketepikan.

4. Dalam mangkuk yang lain, satukan pula bahan2 C, ketepikan.

5. Kemudian, pukul butter & gula dari bahan D hingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatu.

6. Masukkan bahan A, B & C berselang seli kedalam adunan D tadi. Pukul sebati.

7. Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Bakar pada suhu 160c selama 15 minit atau hingga kek masak.

8. Bila kek masak, sejukkan atas wire rack.


Cara2 membuat cream cheese frosting:

1. Pukul cream cheese hingga licin & kembang.

2. Masukkan esen vanila & gula aising. Pukul lagi hingga lembut.

3. Kemudian, masukkan whipped cream & pukul hingga adunan kembang & pekat.

Cara2 menyusun kek:

1. Trimkan atas kek supaya rata.

2. Letakkan satu lapisan kek atas pinggan yang rata atau cake board. Sapu cream cheese frosting atasnya sampai hujung. Letakkan pula lapisan kek yang kedua, letak lagi cream cheese frosting. Letak pula lapisan kek yang ketiga. Letakkan sedikit frosting atas kek & sapu tipis diatas & amp; sekeliling kek. Masukkan kek sebentar dalam peti sejuk lebih kurang 15minit.

3. Kemudian, keluarkan kek, ambil lebihan frosting tadi & sapukan keseluruhan kek.

4. Hiaskan kek dengan menabur lebihan kek coklat yang telah dihancurkan atasnya.

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...