Wednesday, August 7, 2013

Rendang tok zulfaza

Rendang tok daging rusa....boleh kata tiap2 tahun saya buat rendang tok sebab family suka...tapi ni versi saya sendiri.

Rendang ni ada rasa manis2 sikit dan tahan lama. Boleh panaskan sampai jadi macam serunding... kalau kat perak, rendang ni selalunya dapat makan masa kenduri. Nak masaknya makan masa lama sebab dagingnya dipotong kiub besar2. Saya ambil masa 4 jam lebih untuk siapkan rendang ni. Saya biarkan tak berapa kering sebab nanti nak dipanaskan dua tiga kali..

1 kg daging lembu/rusa - dipotong kiub besar2 lebih kurang 2 inci persegi...
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
*1 sb ketumbar
*1 sb jintan manis
*2 inci halia
*5 ulas bawang putih
*2 biji bawang besar
5 sb cili boh (lebihkan kalau nak pedas)
2 keping asam gelugur
2 sb kicap pekat
Garam dan 1/2 keping gula melaka (secukup rasa)
5 sb kerisik
4 mangkuk santan pekat
Hirisan isi kelapa

Kisar * hingga lumat. Masukkan semua bahan kecuali santan, garam dan gula. Masak hingga daging hampir empuk.
Masukkan santan, garam dan gula. Masak hingga kuah pekat dan daging empuk.

Kek kukus tembikai merah

Dah lama nak cuba resepi kek Kek stim tembikai merah oleh:Linn Malek cc : www.facebook.com/bukuresepi nih. Asyik tertangguh jer. Bukan apa, sebelum posa dulu mood mengekek kurang sikit. Dah bulan posa malas la pulak makan kek. Sudahnya bila sekaya yang dibeli dah nak luput tarikh kena la juga kuatkan semangat untuk buat kek nih. Budak2 tak nak pulak makan sekaya tu, kalau dibiarkan membazir pulak. Dah jadi kek ni boleh la bagi orang dan bawa skit balik kg.

Kejadian kek ni dari segi rupa macam tembikai longgok yang reject tu.....hehehe. lum sempat keras lapisan merahnya dah tuang yg plain. Sudahnya bercampur aduk la warnanya. Cik kiah ni memang kurang sabar nak melapis. Selalu mcm tu tau...tu yang suka buat kek sekali lebur jer. Kalaupun byk warna tak susah2 nak kukus berlapis2...

Tapi rasanya sedap ok la tu......kan3. Hehehe...ada gak iras2 tembikai rupa kek ni, betul tak kengkawan...

Bahan2nya:... 

225 butter
1 cup gula castor - saya kurangkan jadi 3/4 cawan
5 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cup kaya
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

cawan yg digunakan adalah cawan matrik utk sukat tepung 

3 warna -merah +pes stoberi
hijau + pes pandan
warna asal + sedikit pes lemon
coklat cip utk di jdikan biji tembikai..

Cara2nya :

Panaskan penggukus.
pukul gula,butter smpi kembang.
masukan pula telor satu per satu pukul lagi.

masukan pula susu,kaya,esen pukul lagi.
masukan pula tepung pukul smpi sebati.
bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan-( lebihkan adunan utk warna merah..yea..dan 1 -hijau..dan 1 lgi warna asal.

loyang disapu sedikit butter dan di renjis sedikit tepung masukan adunan merah ditabur coklat chip dan ratakan ..tutup loyang dgn aliminium foil dan kukus selama 10-15 minit atau sehingga adunan tidak bergerak..

buka kukus masukkan adunan warna asal tutup blik dgn aluminium foil..kukus..selama 10 -15 minit lgi..

kemudian warna hijau ulangi langkah sama...dah yg akhir nie kukus sehingga 30- 35 minit atau sehingga masak...guna lidi utk tentukan kek betul2 masak yea..

Monday, August 5, 2013

Kacang telur

Saya cnp resepi ni dari sahabat negara seberang Ummurifqi. Dah lama juga tetingin buat kacang ni tapi tak terbuat2. Kalu nak tepungnya tebal kena ulang proses 2, 3 kali. Tapi saya malas buat 1 kali jer...

Kacang Telur Ncc by Fatmah

Bahan2

Bahan:

500 gr  kacang tanah
2 btr     telur
200 gr  gula pasir
1 sdt     garam halus
½ sdt    vanili
450 gr  tepung terigu (gandum)
1 ltr      minyak goreng

Saya tambah dalam telur

1 sb serbuk kari dan

5 ulas bawang putih ditumbuk lumat

Cara membuatnya:

Cuci bersih kacang tanah, tiriskan, taruh dalam nampan, biarkan kering.Kocok telur, gula dan garam hingga kental. Sisihkan.

Ambil sebagian kacang, beri 3 sendok makan adonan telur, aduk rata. Taburi dengan tepung terigu, ratakan hingga kacang berbulir-bulir terbalut tepung.

Lakukan 2 hingga 3 kali proses ini, sehingga lapisan tepung cukup tebalnya. Ambil lagi sebagian kacang, proses pelapisan lagi, demikian seterusnya hingga kacang terbalut tepung semua.

Panaskan minyak goreng dengan api sedang, gorengkacang hingga kuning kecoklatan. Angkat, dinginkan. Kemas dalam toples.(fb)

Sunday, August 4, 2013

Air katira

Resepi ni saya amik dari fb Air tangan cik siti. Teringin pulak nengok air ni bulan2 posakan. Nak mintak sikit jauh sangat langkau beberapa negeri....jadi kena la buat sendiri.

Bahan2:

Getah anggur - rendam sampai kembang
Kembang semangkuk - rendam sampai kembang
Biji selasih - rendam sampai kembang
Kismis
Kurma
Serbuk Badam - kalau beli, selalunya orang tak letak
Susu cair (boleh juga creamer sejat)
Gula secukupnya
Air

Cara2:

1) Rendam katira (getah anggur) semalaman. Tapi semalam saya cuma rendam beberapa jam dengan air panas yang banyak. Getah anggur akan kembang seperti dalam gambar.

2) Blend kismis, kurma dengan sedikit air sampai halus. Selepas tu, tuang ke dalam bekas.

3) Masukkan susu cair. Nak letak sedikit susu atau creamer manis pun boleh.

4) Masukkan juga gula, air secukupnya, katira dan kembang semangkuk.

5) Sejukkan sebelum diminum.

Nota: ada juga orang letak aiskrim soda.
Menurut sumber resipi, kalau tak letak badam, boleh tambah aiskrim soda tu..

Biskut koko krunch milo

Resepi ni kak besah posted di my resepi. Rasa dia ok tapinya adunan dia agak keras, susah nak di canai. Lain kali kalau buat saya nak kurangkan sedikit tepung gandum tu (lebih kurang 1/4 cawan gitu).....tapi mungkin juga sebab saya pukul mentega sampai gebu dan telur tu lebih 10 saat.....tapi takpe. Macam ni la, lain kali buat saya akan pastikan ikut arahan betul2 dan ketepikan dulu 1/4 cawan tepung tu. Kalau selepas diuli dohnya lebik sangat saya akan tambah 1/4 cawan tepung tadi....ok tak mcm tu...

Disebabkan koko krunchnya cukup2 1 cawan, jadi untuk hiasan selepas sapu telur,  saya taburkan serbuk kacang hazel.

Bahan-bahan

1 cawan mumbung gula icing (150) @ 1 cawan rata gula kisar halus(130g)
1 buku butter(250g) @ 1 cawan majerin (250g)
2 biji kuning telur
3 cawan rata tepung gandum (300g)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh mumbung baking powder-ayak bersama tepung2 td.
1 cawan milo
1 cawan kisaran koko krunch (koko krunch yg telah dikisar)
kuning telur utk sapuan & lebihan koko krunch utk hiasan

Cara-cara

putar butter & gula hingga sebati. masukkan kuning telur lalu di putar sebentar saja, dlm 10 saat.masukkan tepung berselang seli dgn koko krunch & milo. uli hingga mnjadi 1 doh yg lembut. jika hendak lebih ranggup, simpan doh dlm esbok bhagian minuman selama sejam atau lebih.. (2,3 hari pn bleh) kuarkan doh dari esbok, biar ia melembut semula, pastu gelek doh diantara dua plastik, terap dgn acuan pilihan masing2. letakkan biskut atas dulang yg bersapu butter/majerin. sapu kuning telur atasnya dan letak sebji koko krunch diatasnya.. bakar dlm oven yg tlh dipanaskn terlebih dulu. suhu 150c, selama 30 minit @ lebih, sehingga masak.

Biskut Hazel rangup

Cnp dari My kuih story. Tapi saya terjemahkan dalam BM. Buat ni sbb nak habiskan stok kacang hazel tu...

Bahan2

125g mentega
170g tepung gandum + 1 sk baking powder
60g serbuk kacang hazel -saya tambah jafi 100g
60g gula ising
1 sk esen vanila
1 sk soda bikarbonat
1 biji kuning telur
Bijan untuk hiasan (optional)

Cara2nya

Dalam mangkuk, ayak tepung, soda bicarbonate and gula ising, kemudian masukkan hazelnut yang telah di kisar, gaul lagi, kemudian masukkan mentega dan esen vanilla. Uli dengan menggunakan hujung jari.

Kemudian, canaikan di atas baking paper atau plastic dan terapkan guna acuan yang korang suka. Pukul kuning telur yang dicampurkan susu cair and pewarna kunig (supaya nampak berkilat), sapukan atas kuih dan taburlah bijan (kalau korang nak deco style lain pun boleh – taruk gajus panggang mesti masyukkk)

Tart nenas berkeju

Resepi ni ambil dari Kak fida@myresrpi. Sajer nak mempelbagaikan resepi tart sedia ada....tukar2 citarasa. Takkan tiap tahun buat resepi sama jer. 

Bahan-bahan ( 80-100 kpg Ikut kecil atau besar acuan tart. )

Bahan2 doh tart:-

450 g mentega - lembut
3 biji kuning telur
1 biji putih telur
100 g gula halus (saya guna gula icing)
100 g keju- diparut dan dilecek
1 kg tepung gandum - ayak
1 sk esen vanila

Bahan2 inti :-

2 biji nenas - diparut
450 g gula pasir
1 biji pelaga,
2 kuntum bunga cengkih - (jika suka)
2 sb mentega/majerin

Cara-cara

Sediakan inti dahulu,masak nenas bersama airnya sekali hingga kering sedikit dan masukkan gula,pelaga dan cengkih dan masak lagi sehingga pekat dan berkilat.
Masukkan mentega/majerin dan kacau sebati. Matikan api dan sejukkan.

Utk dohnya, mentega,gula,keju,kuning telur,putih telur dan 1 sk vanilla digaul hingga rata.

Masukkan tepung sedikit2 dan uli dgn tangan hingga adunan menjadi doh yg boleh dikepal.Kemudian canai dan terap seperti tart biasa dan isi intinya.

Hias tart ikut kreativiti masing2 dgn menggunakan lebihan doh yg ada.Bakar hingga masak pd suhu 160C selama 20 min. atau mengikut kepanasan oven masing2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...