Friday, July 27, 2018

RESEPI AYAM MASAK LEMON BERMADU


Kali ni cuba resepi mamak haji pulak........ayam masak lemon bermadu.....suka sungguh anak makan. berkali-kali dia meratah ayamnya. Saya post gambar ni di FB, abang ipar yang kebetulan menempah ayam masak merak utk jamuan raya di rumahnya pun terus request tukar menu....nak ayam lemon bermadu juga katanya......nampak sedap.

RESEPI AYAM MASAK LEMON BERMADU

BAHAN-BAHAN:

8-10 ketul ayam.
Bersihkan. Peramkan dengan serbuk kunyit dan garam untuk digoreng.

2 sudu besar (tbsp) serbuk cili.1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan putih.
1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan manis.
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk lada hitam
3 biji bawang sederhana besar (dikisar dengan satu cawan air).
2 biji bawang sederhana besar dihiris halus memanjang.
2 sudu besar pes halia bawang putih.
3 kuntum bunga lawang,
5 biji buah pelaga,
5 biji cengkih
2 keping kayu manis 1 inci.
1/2 sudu kecil garam masala ( tak dimestikan, sekiranya ada).
3 sudu besar pati oren atau sunkist.
1 biji lemon. (1/2 buat air perahan dan 1/2 lagi untuk hiasan).
Daun pandan (dipotong panjang 3 inci – 2 helai).
1/4 sudu kecil pewarna “merah oren” (saya omit pewarna)
6 sudu besar gula pasir.
Garam secukup rasa.
Madu untuk glazing (mengilatkan).

CARA MEMASAK:

1. Daging Ayam yang telah peram (selama 15 minit) digoreng dengan minyak masak dengan 3/4 masak. Jangan garingkan sangat, nanti isi ayam terlalu liat. Di tepikan.

2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak 3 sudu besar, bila minyak panas, masukan rempah 4 serangkai (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih), masukkan daun pandan, masukkan bawang dihiris sehingga bawang bertukar warna kepada kuning keemasan.

3. Sederhanakan api dapur, masukan pes halia bawang putih, diikuti serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis. Bila haruman menusuk hidung, masukkan air kisaran bawang. Sekiranya ingin berkuah tambahkan air. Besrakan api dapur. Biar bawang kisaran masak bersama dengan rempah-rempah. Sekiranya air bawang ini tidak masak secukup, bila hidangan yang siap masak dihidangkan kuah anda akan berbuih seperti basi. Ia sama seperti anda masak lain-lain hidangan nasi kandar menggunakan air bawang sebagai kuah, air bawang perlu masak secukup. Inilah rahsia masakan nasi kandar yang menggunakan air bawang sebagai kuah. Masakan Cina gunakan tepung jagung sebagai pemekat kuah tetapi nasi kandar gunakan air bawang sebagai pemekat kuah pekat dan masakan Indonesia pula menggunakan buah keras sebagai pemekat kuah. Masakan Melayu pula gunakan kerisik sebagai pemekat kuah. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam..hahaha!.

4. Bila kuah sedang mendidih masukkan ketulan ayam yang telah goreng masak 3/4. Masukkan gula. Kecilkan api bila kuah mula pekat.

5. Masukan pewarna merah oren (Orange Red) bukan pewarna kuning telur. Masakan Nasi kandar gunakan pewarna ini. Ia berbentuk serbuk dan sebotol cuma harganya RM2.00. Goreng ayam berempah mamak atau nasi tomato, atau kuah rojak, kuah passembur, inilah pewarnanya. Masak ayam sehingga masak keseluruhannya. Bagaimana anda tentukan ayam anda telah masak sempurna. Bahagian ayam yang lamabat masak ialah peha ayam. Bila peha ayam masak, setkin kakinya nak atas atau berlubang pada urat bahagian bawah menunjukan ayam anda telah masak sempurna. Matikan api dapur. Masukan perahan air lemon dan air pati oren atau sunkist untuk mendapatkan wangian semula jadi.

6. Keluarkan ayam dan hidangkan di atas pingan hidangan. Tuangkan madu dengan mengggunakan sudu atau brus ke atas permukaan ketulan ayam (glazing). Selamat mencuba.  e

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...