Friday, July 27, 2018

Nasi Minyak Buah Kurma


Tengok gambar pun dah boleh teka apa antara ramuan nasi ni. Kalau sesekali nak tukar2 rasa pada nasi minyak....dari yang biasa2 tu ke luar biasa boleh la cuba nasi ni. Tambahan selepas bulan puasa, stok2 kurma yang dah nak berbubuk tu kita boleh gunakan untuk masak nasi minyak ni.

Resepi nasi ni saya intai kat dapur blog intai dapur.....intai2 nampak dia tengah buang biji buah kurma.....tambah xcited nak tahu.....rupanya nak masak nasi ni.....apalagi, memandangkan buah kurma pun banyak kat dapur saya, saya pun intai pulak resepi yang dia gunakan.....


Nasi minyak buah kurma

Bahan A

1 kg beras basmati 

3 sudu makan minyak sapi
1 camca besar minyak masak *

1 sudu makan pewarna kuning
1 camca besar air * akak  tambah kedalam pewarna diatas

Bahan B (Tumisan)
5 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 helai daun pandan (disiat dan diikat) * akak tambah

Bahan C
1.4  liter air 
1/2 cawan susu cair
1 cawan buah kurma
1 pokok daun ketumbar (dipotong pendek)
garam secukup rasa


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Basuh beras dan rendam selama 30 minit  kemudian toskan.
2. Belah buah kurma untuk mengeluarkan biji dan potong 3 atau 4 memanjang (potong kasar).
* Buah kurma bagaimana pon akan 3/4 hancur didalam nasi

3. Panaskan minyak masak dan minyak sapi didalam periuk (boleh guna rice cooker)
4. Tumis bahan B sehingga wangi.
5. Masukkan bahan C dan biar ia mendidih. Pastikan jangan terlalu lama kerana sukatan air akan susut.
6. Masukkan beras, ratakan dan tutup kembali tudung periuk. Masak saperti  nasi biasa.
7. Renjiskan campuran pewarna dan air keatas nasi, Gembur sedikit dan tutup kembali tudung periuk.
8. Biar sehingga nasi betul betul kering dan siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...