Friday, July 27, 2018

Ayam masak ros mamak penang


Jeng...jeng......resepi mamak haji lagi. Saja nak bagi kelainan rasa dalam hidangan ayam masak merah. Kalau sepanjang masa dengan ayam masak merah yang sama mesti bosankan. Walau pun rupa parasnya mungkin seakan-akan tetapi bila masuk ke mulut arghhhhhh terasa perbezaan dan kelazatannya...

Resepi mamak haji roslan ni memang panjang lebar tapi berbaloi dicuba.

Ayam masak ros mamak penang

1 ekor ayam (1.6 – 1.8kg). Bersihkan. Potong 10 bahagian kalau nak berniaga / Potong 12 utk masak sendiri.
1/2 Tin ( bersaiz 225gm) “Kimball Sup Tomato”.
3 sudu besar tomato puri/ 1 tin kecil.
1/2 Tin Susu cair/sejat.
1 helai pandan dipotong 2″ panjang untuk tumis bersama.2 biji bawang besar dihiris *memanjang (cara nasi kandar).
2 btg. kayu  Kayu manis berukuran 2″ panjang,
3 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga dan 5 kuntum cengkih untuk menumis.
1 Senduk minyak masak untuk menumis dan minyak yang secukup untuk mengoreng ketulan ayam.
1 sudu besar (tbsp) serbuk jintan putih.
1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan manis.
1 sudu kecil kas-kas (tidak kemestian),
1 sudu kecil garam masala.
2 sudu besar serbuk cili ( ikut kepedasan anda perlukan).
Sedikit perwarna merah oren jika anda gagal dapatkan warna kemerahan. Biasa cili merah ini berbagai jenis kadang-kala kita tak dapat warna yang dikehendaki.
100gm santan pekat tidak kemestian.
2 sudu besar buah badam direbus dan dikisar halus.
1 sudu besar pes ahlia bawang putih.
Garam secukupnya rasa.
Sedikit daun pudina atau daun saderi dan bawang goreng untuk dihias atas hidangan.

BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR:

10 biji cili merah atau 15 tangkai cili kering direbus dan dikisar.
1 batang karot.
1 biji tomato.
1 biji bawang labu besar.
1 inci Halia.
5 ulas bawang putih
100gm biji badam direndam air panas, dibuang kulit dan dikisar halus.

*Sekiranya anda punyai pes bawang putih halia gunakan 2 sudu besar. Tak perlu gunakan Halia dan Bawang putih.

CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan ketulan ayam. Masukan garam dan sebuk kunyit. Gorengkan ketulan ayam itu sehingga 3/ 4 masak sahaja. Ayam gorengan yang garing menjadikan ketulan ayam keras dan sukar rempah untuk menyalutinya. Sekiranya menggunakan ayam kampung disyorkan tidak perlu digoreng.

2. Kisar bawang, halia, dan bawang putih dan asingkan.*

3. kisar karot, tomato dan bersama cili hidup dan asingkan.

4. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak (minyak berlebihan gorengan ayam tadi boleh digunakan). Masukan rempah ratus kayu manis dan serai dan daun pandan. Apabila bau harum mula dikeluarkan masukan hirisan bawang besar. Tumis sehingga bawang bertukar warna keemasan (jangan hangus).

5. Masukan kisaran bawang+bawang putih+Halia, tumis sektika hingga naik baunya, masukkan kisaran tomato+cili+ carrot dan juga biji badam yg telah dikisar. Masukkan sup tomato dan tomato puri dan juga susu sejat.Tumiskan sehingga bahan gorengan ini keluarkan bau haruman  dengan api yg perlahan (ini amat mustahak supaya kuah ayam masak merah tidak berbueh semasa dihidangkan).

6. Masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis. Anda perlu adunkan sedikit utk jadikan pes supaya serbuk tidak menjadi ketulan terapung.

7. Bila kuah mula pecah minyak masukan  100 gm santan pekat.

8. Masukan Gula, dan garam secukup rasa.

9. Biarkan sebatian mendidih. Masukan ketulan ayam yang telah digoreng. Kacau rata kuah supaya tidak hangus dan kuahnya sebati dengan ketulan ayam. kecilkan api apabila kuah mendidih (biasa 15min.- 20min sudah memadai). Apabila kuah pecah minyak, bolehlah dikeluarkan untuk hidangan. Hidangkan dengan daun pudina dan bawang goreng (siap) di atas hidangan bagi menambahkan lagi bau yang harum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...