Saturday, February 2, 2013

Mee hailam

Cnp dari Mamawandiha tapi ubahsuai ikut citarasa....utk sarapan pagi ahad...

Bahan Bahan
Minyak masak
5 cm halia di kisar
4 ulas bawang putih di kisar
2 biji bawang besar di kisar
2 sudu besar cili kering di kisar
200 gm daging lembu
200 gm sotong, di bersihkan dan di potong melintang (takde stok)
200 gm udang, di buang kulit dan urat
200 gm isi ayam, di hiris tipis  (tak letak)
2 sudu teh garam (rasa dulu sebelum bubuh yer.. kang termasin lak)
60 ml cawan kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tepung jagung,
di bancuh dengan 600 ml air
300 gm sawi, di potong (guna kailan)
4 cm (about 2 pokok sawi ~ takde stok pulak kali ni.. tp ganti dengan cauliflower)
150 gm kubis ungu (yg putih pun bole jer ~ di hiris )
1 biji carrot ~ hiris saiz kegemaran anda
1 sudu teh lada putih serbuk
1 kg mee kuning

Bahan Tambahan
1 tangkai daun saderi/sup, di potong 1 cm
3 tangkai cili merah, di hiris
2 biji limau nipis ~ hiris & perah waktu nak makan

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak di kuali dan tumis bahan bahan yang telah di kisar.
2. Tumis sehingga berbau wangi.
3. Masukkan daging, sotong, udang dan ayam. 4. Masukkan sedikit air dan biar hingga bahan2 tersebut agak masak.
5. Perasakan dengan lada sulah, garam, kicap pekat, sos tiram dan serbuk perasa
6. Campur bancuhan tepung jagung dan tambah air daging sambil kacau rata.
7. Masukkan sawi, kubis dan carrot, kacau sehingga rata.
8. Pastikan cukup kuah.. jika terlalu pekat boleh tambahkan air kerana mee hailam agak berkuah.
9. Tambahkan mee dan gaul rata dan terus hidang. Jika belum mahu makan.. jangan dicampurkan terus mee nya kerana takut mee akan mengembang..
8. Akhir sekali.. semasa menghidang tabur dengan daun saderi/sup/daun bawang, cili merah dan perahkan limau nipis.
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...